web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tewas Di Gelanggang Sendiri, Kelantan FC Dibelasah 11-2

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 7:53AM

Pemain pasukan Selangor FC, Ayron Del Valle Rodriguez meraikan jaringan gol ke empat ketika menentang Kelantan FC semalam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Selangor FC bangkit daripada ketinggalan untuk berpesta gol, selepas membelasah Kelantan FC 11-2, pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Pemain import Selangor Ayron Del Valle dan Richmond Boakye, mencuri tumpuan pada pertembungan itu selepas masing-masing meledak empat dan tiga gol untuk membantu skuad Gergasi Merah bimbingan Tan Cheng Hoe mengutip tiga mata berharga.

Pasukan tuan rumah yang terpalit pelbagai isu di luar padang ketika ini, bermula dengan cemerlang apabila mendahului 2-0 selepas Natanael Saringo menyempurnakan penalti pada minit kelima diikuti jaringan kedua hasil penyudah Mohamad Fazrul Amir Zaman pada minit ke-14.

Tersentak dengan dua gol awal itu, Selangor bangkit memperkemaskan permainan sebelum berjaya menyamakan kedudukan dalam tempoh singkat apabila Yohandry Orozco meledak gol pada minit ke-28 diikuti jaringan Sharul Nazeem Zulpakar empat minit berselang.

Ayron memastikan pasukan pelawat mengubah perlawanan sebelum rehat apabila menyumbat dua gol masing-masing pada minit ke-41 dan minit ke-44 sekali gus memberi tekanan kepada Kelantan yang seakan hilang arah.

Bersambung babak kedua, Selangor terus mendominasi dengan jaringan kelima menerusi Boakye pada minit ke-48, sebelum pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim yang kembali daripada penggantungan, menjaringkan gol pada minit ke-50 dan minit ke-53.

Del Valle meraih hatriknya selepas meledak gol kelapan Selangor pada minit ke-63 sebelum Boakye mengikuti jejak langkah sama apabila menyumbat gol pada minit ke-78 dan minit ke-86, sebelum Del Valle menjadikannya 2-11 dengan jaringan pada minit ke-87.

Selepas 22 perlawanan, Selangor mengumpul 49 mata dengan 16 kemenangan menduduki tempat kedua, enam mata di atas Kedah Darul Aman FC di kedudukan ketiga dengan 43 mata selepas 20 perlawanan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad