web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JDT Pesta Gol, Selangor Ke Suku Akhir Walau Tewas

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 7:58AM

JDT membelasah Kelantan FC 10-0 pada aksi kedua Piala Malaysia untuk melangkah ke pusingan suku akhir - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan agregat 15-1 selepas membelasah Kelantan FC 10-0 pada aksi kedua pusingan 16 terbaik malam ini.

Pada pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor itu, kesemua gol skuad Harimau Selatan disumbangkan tujuh pemain dengan penyerang prolifik Bergson Da Silva mencipta hatrik manakala Takahiro Kunimoto meledak dua jaringan.

Pesta gol skuad bimbingan Esteban Solari itu bermula apabila Bergson memecah kebuntuan pada minit ke-21 diikuti dua jaringan Kunimoto masing-masing pada minit ke-24 dan ke-37 sebelum Bergson meletakkan pasukan selesa mendahului 4-0 dua minit sebelum waktu rehat.

Bersambung babak kedua, JDT terus bernafsu merobek benteng pertahanan Kelantan dengan meledak empat gol lagi dalam tempoh 11 minit masing-masing menerusi Juan Muniz pada minit ke-53, Daryl Sham (59), Heberty Fernandes (61) dan Arif Aiman Mohd Hanapi (64).

Bergson melengkapkan hatriknya pada minit ke-72 yang juga hatrik pertamanya dalam kempen Piala Malaysia musim ini sebelum pemain gantian Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri mengesahkan kemenangan besar JDT dengan gol ke-10 sebelum wisel penamat dibunyikan.

JDT akan membuat perhitungan menentang pemenang antara Negeri Sembilan FC dan Kelantan United FC yang akan berentap dalam satu lagi aksi kedua pusingan 16 terbaik esok.

Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), juara 33 kali Selangor FC mengesahkan tempat di suku akhir dengan kemenangan agregat 5-3 biarpun tewas 1-2 kepada PDRM FC.

Skuad Gergasi Merah yang menang 4-1 pada aksi pertama, melebarkan jurang jaringan menerusi Yohandry Orozo pada minit ke-25 selepas bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum merembat kencang bola menewaskan penjaga gawang Mohamad Ramdhan Ab Hamid. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad