web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


388 Atlet Bersaing Pada Kejohanan Karate Asia Ke-19

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 9:25AM

Kejohanan Karate Asia ke-19 akan menghimpunkan 32 negara, termasuk penyandang juara keseluruhan, Jepun - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA -- Seramai 388 daripada 32 negara termasuk penyandang juara keluruhan, Jepun, akan bersaing pada Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, bermula esok hingga Ahad ini.

Jepun mempertaruhkan 23 atlet  dan menjadi menjadi pilihan utama berdasarkan kejayaan muncul juara keseluruhan dengan kutipan lapan emas, dua perak dan tiga gangsa pada edisi lepas di Uzbekistan, Disember tahun lalu.

Malaysia selaku tuan rumah pula mempertaruhkan seramai 16 atlet bertanding dalam 16 daripada 17 kategori yang dipertandingkan sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung.

Antara atlet negara yang menjadi pertaruhan seperti Zakiah Adnan (kumite wanita 61 kg), Muhammad Arif Afifudin(kumite lelaki 81 kg), Syahirah Amirah Azlan (kumite wanita 68kg), C. Shahmalarani (kumite wanita 50kg) dan Muhammad Aiqal Asmadie (kata lelaki).

Dalam pada itu, Kejohanan Para Karate Asia Edisi kedua juga akan berlangsung serentak sempena Kejohanan Karate Asia itu.

Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad, berkata kejohanan itu juga amat penting kepada atlet negara  yang akan menjadi penanda aras bagi menghadapi Kejohanan Karate Dunia di Budapest, Hungary, Oktober ini.

“Lebih menarik majlis perasmian esok akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan jam 4 petang esok.

"Majlis itu juga akan dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim, “ katanya dalam kenyataan, semalam. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

2

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

3

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad