web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Pengadil Jemputan Luar Negara Adili Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 9:17AM

Fahmy Jalil menyampaikan Taklimat Pengurus Pasukan Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan 2023 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH -- Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) menjemput dua pengadil luar negara dari Ragbi Asia bagi mengadili Kejohanan 7 Sebelah Kebangsaan yang dijadual bermula di sini, esok.

Pengarah Pertandingan KRM, Fahmy Jalil, berkata Ragbi Asia telah memilih Leow Wei Liang dan Christabelle Lim Mee, kedua-duanya dari Singapura, sebagai pengadil jemputan bagi mengadili kejohanan dua hari itu.

"Leow akan mengadili untuk perlawanan kategori lelaki manakala Christabelle pula untuk kategori  wanita, ini antara pembaharuan yang KRM ketengahkan pada kejohanan kali ini. 

"Kedua-dua pengadil ini akan dibantu pengadil tempatan yang sedikit sebanyak turut memberi ruang kepada pengadil kita untuk menimba pengalaman," katanya ketika ditemui selepas sesi Taklimat Pengurus Pasukan Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan, dekat sini, malam ini.

Fahmy berkata ini merupakan kerjasama pertama dengan Ragbi Asia dan berharap peluang ini mampu memberi semangat kepada pengadil tempatan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi. 

"Kita harapkan kerjasama dengan Ragbi Asia akan berterusan dalam siri penganjuran akan datang," katanya.

Sebanyak 50 pasukan mengesahkan penyertaan tahun ini melibatkan hampir 800 pemain dan pegawai yang akan berkampung di dua venue iaitu Stadium Ragbi Perak dan Kem Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Seperti tahun 2022, kejohanan ini mengekalkan empat kategori yang akan dipertandingkan iaitu Lelaki Terbuka (15 pasukan), Wanita Terbuka (10 pasukan), Lelaki Bawah 20 Tahun (14 pasukan) dan Wanita Bawah 20 Tahun (11 pasukan).

Format kejohanan selama dua hari itu akan dijalankan dalam dua pusingan iaitu pusingan awal bagi peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati untuk peringkat suku akhir ke atas. 

Kejohanan itu juga bakal menyaksikan kehadiran pemain kebangsaan bagi mewakili negeri masing-masing. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad