web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jun Hao, Letshanaa Rangkul Gelaran Juara Kebangsaan Buat Julung Kali

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 6:00PM

Jun Hao (kiri) dan K Letshanaa - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao menamatkan penantian selama empat tahun apabila dinobatkan sebagai juara kebangsaan pada Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023 di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, hari ini.

Pada aksi final, bekas juara remaja Asia berusia 23 tahun, mewakili Persatuan Badminton Malaysia (BAM) , tidak berdepan masalah mengetepikan cabaran rakan sepasukan, Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar 21-16, 21-13 dalam pertarungan selama 45 minit.

Pencapaian itu mengubat kekecewaan Jun Hao yang terlepas peluang merangkul gelaran juara edisi 2019 selepas terpaksa menarik diri ketika berdepan Soong Joo Ven pada aksi final akibat kecederaan.

“Kejayaan ini lebih kepada satu kepuasan buat diri saya, saya berharap dapat terus konsisten dan cipta pencapaian lebih baik dalam kejohanan antarabangsa pada masa depan,” kata pemain ranking dunia ke-54 itu kepada pemberita selepas upacara penyampaian hadiah di sini.

Mengulas lanjut, Jun Hao menyimpan hasrat untuk beraksi sebanyak mungkin di pentas antarabangsa bagi mencapai sasaran untuk sekurang-kurangnya menembusi kelompok 40 pemain terbaik dunia menjelang hujung tahun ini.

Selaku juara, Jun Hao membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM10,000 dan trofi manakala Muhammad Shaqeem menerima RM5,000.

Sementara itu, dalam acara perseorangan wanita, pemain BAM, K. Letshanaa menepati ramalan muncul juara selepas menewaskan rakan sepasukan Wong Ling Ching 16-21, 21-17, 21-19 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 66 minit.

Ia merupakan gelaran sulung Letshanaa pada penampilan pertamanya di kejohanan itu selepas pernah menjuarai Kejohanan Kebangsaan Bawah 18 Tahun sebelum ini.

“Sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana ia adalah kejohanan besar peringkat kebangsaan , Saya berjaya mencapai sasaran dan berharap supaya beraksi dengan lebih baik pada kejohanan antarabangsa akan datang,” kata pemain ranking dunia ke-68 itu.

Katanya, kejayaan itu merupakan motivasi tambahan buat beliau dalam melakukan persediaan menghadapi cabaran lebih getir pada Terbuka Korea bermula 18 sehingga 23 Julai ini.

“Saya kurang menyerlah pada kejohanan antarabangsa baru-baru ini...jadi kejohanan ini telah memberikan saya sedikit dorongan serta memperbaiki kelemahan untuk beraksi dengan lebih baik di Terbuka Korea,” katanya.

Letshanaa menerima hadiah kemenangan berjumlah RM7,000 dan trofi manakala Ling Ching membawa pulang RM3,500.

Dalam pada itu, Wan Mohd Arif Wan Sharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King dan Vivian Hoo Kah Mun-Lim Chiew Sien masing-masing muncul juara beregu lelaki dan wanita sementara gelaran beregu campuran menjadi milik Roy King-Valeree Siow.

Juara beregu lelaki membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM15,000 berserta trofi sementara beregu wanita dan campuran masing-masing menerima RM10,000 dan  trofi. - Bernama

Keputusan Final:

Perseorangan Lelaki:

[1]  Leong Jun Hao (BAM) mn Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar (BAM) 21-16, 21-13

Beregu Lelaki:

[3] Wan Mohd Arif Wan Sharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King (BAM) mn [4] Low Hang Yee-Ng Eng Cheong (SEL/PEN) 21-17, 21-12

Perseorangan Wanita:

[1] K. Letshanaa (BAM mn Wong Ling Ching (BAM) 16-21, 21-17, 21-19

Beregu Wanita:

[1] Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (KL/JHR) mn Cheng Su Hui-Vanessa Ng Po Lyn (BAM) 21-13, 21-7

Beregu Campuran:

[1] Roy King-Valeree Siow (BAM) mn [3] Choong Hon Jian-Go Pei Kee (BAM) 21-19, 21-18

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad