web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ivan-Rachel Ke Final Skuasy Beregu Campuran Asia Di Hangzhou

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 7:46AM

Ivan Yuen-Rachel Arnold - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu campuran negara Ivan Yuen-Rachel Arnold tinggal selangkah lagi untuk meraih gelaran juara Kejohanan Skuasy Beregu Campuran Asia 2023, selepas menewaskan pasangan India pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, China semalam.

Dalam aksi peringkat separuh akhir itu, Ivan-Rachel terpaksa berdepan dengan saingan sengit daripada Abhay Singh-Anahat Singh, apabila tewas 10-11 pada set pertama, sebelum bangkit untuk memenangi set kedua 11-4 dan mengheret perlawanan dalam set penentuan, yang berakhir dengan kemenangan 11-6.

Pasangan regu negara itu akan berdepan Harinder Pal Singh-Dipika Pallikal dari India, pada pentas akhir esok.

Ivan berkata strategi yang dirangka pihak kejurulatihan membantu mereka ketika dalam gelanggang, untuk meraih kemenangan dan berharap momentum itu dapat dikekalkan pada aksi final esok.

“Saya rasa perlawanan hari ini, semuanya berjalan dengan baik mengikut strategi kami, dan cara yang kami mahukan dan kami dapat mengubah cara permainan antara set pertama dan kedua.

“Saya amat gembira dengan kemenangan ini, dan berharap esok prestasi kami lebih baik lagi,” katanya menerusi rakaman audio yang dikongsikan kepada media, semalam.

Harinder-Dipika layak ke peringkat akhir, selepas menewaskan satu lagi pasangan campuran negara, Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azman dalam pertarungan straight set, 9-11 dan 6-11.

“Mohammad Syafiq dan Aifa melawan Harinder-Dipika agak sukar untuk Aifa, bagaimanapun pada perlawanan kedua kami cuba mengagih-agihkan permainan (Mohammad Syafiq dan Aifa) tetapi ia tidak menjadi seperti apa yang kita mahukan dan kalah.

“Banyak yang kami pelajari di sini, dan akan melihat semula untuk persediaan yang lebih baik untuk Sukan Asia,” kata Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Skuasy: Malaysia Sapu Bersih Gelaran Juara Berpasukan Asia

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad