web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wei Chong-Kai Wun Pertahan Kejuaraan Terbuka Taiwan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 8:24PM

Man Wei Chong-Tee Kai Wun mempertahankan kejuaran Terbuka Taiwan dua tahun berturut-berturut selepas menewaskan beregu tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mempertahankan kejuaran Terbuka Taiwan dua tahun berturut-berturut selepas menewaskan beregu tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han hari ini.

Gandingan negara di ranking ke-23 dunia, bagaimanapun tidak diberi laluan mudah apabila diheret beregu ke-15 dunia itu sehingga ke set penentuan sebelum berhasil menoktahkan kemenangan pada aksi yang  berlangsung di Arena Tian Mu, Universiti Taiwan.

Set pertama, gandingan negara tampak lebih berhati-hati dalam melakukan serangan, namun tidak bagi pihak lawan yang mengajak pasangan negara bermandi peluh sebelum set pertama berpihak kepada beregu Taiwan 20-22.

Wei Chong-Kai Wun yang juga pilihan kelima kejohanan bingkas bangkit dengan corak permainan lebih agresif dan langkah tersebut berhasil apabila mereka mencatat kemenangan 21-17 di set kedua.

Set penentuan, dominasi pasangan negara menyerlah dengan pihak lawan sering melakukan kesilapan dan selepas mendahului lima mata pada kedudukan 11-6, Wei Chong-Kai Wun mengekalkan momentum untuk disahkan sebagai juara dengan mata akhir 21-14 selepas pertarungan 71 minit.

Keputusan diraih pasangan negara itu sekali gus mengulangi pencapaian mereka pada Terbuka Taiwan 2022 apabila menewaskan beregu tuan rumah yang juga pemenang pingat emas Olimpik 2020 Tokyo, Lee Yang-Wang Chi Lin.

Wei Chong-Kai Wun meraih US$16,590 (RM77,562) susulan kemenangan besar mereka hari ini manakala naib juara Ching Yao-Po Han, memperoleh US$7,980 (RM37,308).

Terdahulu, pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut berjaya merangkul gelaran Jelajah Dunia kedua mereka selepas dinobatkan juara bagi aksi beregu campuran kejohanan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad