web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liga Super: Sri Pahang Pintas Kedah, PDRM Kekalkan Rentak Kemenangan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 10:39AM

Pemain Sri Pahang FC Sergio Fabian Ezequiel Aguero (kiri) meraikan jaringan pertama perlawanan bersama rakan sepasukan ketika perlawanan menentang pasukan Kelantan FC dalam aksi perlawanan Liga Super malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sri Pahang FC berjaya memintas Kedah Darul Aman FC untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas membelasah pasukan tercorot, Kelantan FC, 5-0, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Tonggak pertahanan Mohamad Fadhli Mohd Shas dan penyerang import, Kpah Sherman mencuri tumpuan apabila masing-masing menyumbat dua gol bagi membantu skuad kendalian Fandi Ahmad merakam kemenangan kedua berturut-turut selepas menumpaskan Negeri Sembilan FC, 4-3, 9 Jun lepas.

Pelawat yang jelas mendominasi perlawanan tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila ketua pasukan Sergio Aguero melepaskan rembatan kaki kanannya untuk gol pertama pada minit ketujuh.

Sri Pahang terus “mengganas” sebaik babak kedua bersambung apabila menambah empat gol bermula daripada tandukan Mohamad Fadhli pada minit ke-48 diikuti jaringan Sherman yang menanduk masuk sepakan percuma Aguero pada minit ke-58.

Tandukan Mohamad Fadhli sekali lagi menggegar jaring hasil daripada sepakan sudut Aguero selang tiga minit kemudian untuk gol keempat mereka dan Sherman menoktahkan kemenangan besar Sri Pahang dengan melepaskan rembatan leret kaki kanannya pada minit ke-86.

Keputusan itu menyaksikan Sri Pahang yang mengumpul 31 mata naik satu anak tangga bagi memintas Kedah, yang bermain kurang satu perlawanan dan turun di tangga keempat dengan 28 mata manakala Kelantan yang merekodkan kekalahan ke-12 liga kekal di tangga terbawah dengan empat mata.

Sementara itu, kontroversi melanda PDRM FC susulan ketiadaan jurulatihnya, Azzmi Aziz yang direhatkan buat sementara waktu baru-baru ini, jelas tidak mematahkan semangat “The Cops” untuk mencatat kemenangan keempat berturut-turut dengan menang tipis ke atas Perak FC, 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama, penyerang import, Uche Agba memecah kebuntuan untuk mengejutkan tuan rumah menerusi sepakan leret dari sebelah kiri yang menerjah jaring pada minit ke-50 dan giliran penyerang tempatan, Nabil Ahmad Latpi pula meledak gol kedua PDRM lima minit kemudian.

Tersentak dengan kedudukan tersebut, Perak yang dibimbing Yusri Che Lah cuba untuk bangkit namun hanya berjaya mendapat gol sagu hati menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan pelawat, James Okwuosa pada minit ke-73 dan keputusan 2-1 kekal sehingga masa penamat.

Kemenangan dilakar PDRM membolehkan mereka berada di tangga ketujuh dengan 22 mata manakala Perak pula kekal di tangga ke-11 dengan sembilan mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Semasa 5 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan