web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Zii Jia Tepat Untuk Kembali Berbisa - Mohd Azizulhasni

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 8:24PM

Semalam, Zii Jia telah mengumumkan untuk berehat seketika bagi mendapatkan motivasinya selepas tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Indonesia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menganggap tindakan Lee Zii Jia untuk berehat sementara daripada gelanggang badminton, sebagai keputusan yang tepat buat masa ini.

Juara dunia keirin 2017 itu berkata, tempoh berehat penting bagi pemain badminton perseorangan lelaki utama negara berkenaan untuk kembali berbisa di pentas antarabangsa selepas berdepan tekanan dan prestasi merudum pada masa ini.

Mohd Azizulhasni turut menyatakan bahawa, hanya Zii Jia sahaja yang tahu apa dimahukan pada masa ini untuk mendapatkan kembali rentak permainan sebenarnya.

“Bukan senang untuk berada di atas, macam Zii Jia ini ramai fokus, jadi kalah sikit pun orang hentam dia. Saya pun pernah melalui situasi sama dulu pada masa awal saya naik, sekitar 2007, 2008.

“Memang ada tekanan, tetapi saya cepat belajar dan berusaha lebih keras. Saya rasa bagus juga dia berundur sikit, tetapkan semula dan kemudiannya, kembali (lebih kuat). Dia ada bakat, mungkin ada kekurangan dari segi semangat juang dan mentaliti.

“Dia kena ada mentaliti Kita Juara, tapi ia datang dengan pengalaman,” katanya apabila diminta mengulas mengenai keputusan Zii Jia untuk berehat sementara daripada sukan badminton.

Mohd Azizulhasni ditemui di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional hari ini.

Semalam, Zii Jia telah mengumumkan untuk berehat seketika bagi mendapatkan motivasinya selepas tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Indonesia, tewas kepada Lakshya Sen dari India dengan keputusan 21-17, 21-13.

Zii Jia yang memulakan tahun ini berada di ranking kedua dunia, kini jatuh ke kedudukan ke-11 selepas berdepan penyingkiran pada pusingan pertama dan kedua dalam beberapa kejohanan musim ini, termasuk Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

Ia sekali gus mencetuskan persoalan jika pemain berusia 25 tahun itu akan kekal dalam program Road to Gold (RTG) untuk Olimpik Paris, kerana untuk disenaraikan bagi sokongan khas itu, atlet perlu memenuhi dua kriteria utama - pemenang pingat daripada Olimpik terdahulu dan tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik dunia.

Pada Olimpik Tokyo 2020, Zii Jia tersingkir pada pusingan 16 terakhir selepas tewas kepada jaguh China dan juara bertahan ketika itu, Chen Long. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 51 minit yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 22 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad