web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FAM Mohon FIFA Buat Ketetapan Adil Dan Saksama

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 7:47AM

Skuad Harimau Malaya mengadakan sesi latihan sebelah pagi di gimnasium pada hari kedua kem latihan pusat di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar surat rayuan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) meminta penyelesaian yang adil, susulan tindakan Korea Utara menarik diri daripada saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan hari ini berkata FAM meminta FIFA membuat ketetapan yang saksama kepada semua pasukan bertanding dalam saingan pusingan kedua kempen kelayakan itu, yang bermula bulan depan.

Katanya penarikan diri Korea Utara telah membawa pelbagai kemungkinan termasuk pungutan mata hasil keputusan aksi menentang pasukan tempat terakhir setiap kumpulan tidak akan dikira.

“Ia menyukarkan perancangan serta peluang kebanyakan pasukan memandangkan pusingan kedua itu sudah memasuki penghujung saingan dengan berbaki tiga atau empat perlawanan,” katanya dalam kenyataan itu.

Stuart berkata dalam surat rayuan itu, FAM turut menegaskan FIFA perlu tampil dengan satu penyelesaian atau ketetapan dengan menitikberatkan semangat keadilan dan mengambil kira faktor integriti dalam sukan.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam mengesahkan Persatuan Bola Sepak Korea Utara menarik diri daripada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dan akan merujuk perkara itu ke FIFA.

Korea Utara yang berada dalam Kumpulan H bersama pendahulu Turkmenistan, Korea Selatan, Lubnan dan Sri Lanka dijadualkan menamatkan baki perlawanan kumpulan di Korea Selatan.

Sementara itu, dalam kenyataan lain, barisan pemain skuad kebangsaan hari ini menerima jam tangan edisi terhad Casio G-Shock Harimau Malaya sempena menghadapi baki aksi Kumpulan G pusingan kedua kempen kelayakan itu di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jam tangan berkenaan disampaikan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pada hari kedua kem latihan pusat skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Malaysia yang berada di kedudukan kedua Kumpulan G, akan bertemu UAE, Vietnam dan Thailand dalam misi memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad