web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cheah Puas Hati Kejayaan Di Sepanyol

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 2:01PM

Cheah Liek Hou bersama Rashid Sidek. - Gambar Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain badminton para Malaysia, Cheah Liek Hou berpuas hati dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Ahad lepas.

Pemain nombor dua dunia itu mengakui mempunyai masa yang begitu singkat untuk membuat persiapan menghadapi cabaran di Cartagena, Sepanyol itu selepas menjuarai sebuah kejohanan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lepas.

“Saya sangat berpuas hati atas kejayaan ini. Saya terpaksa kuarantin seminggu selepas pulang dari Dubai dan hanya mempunyai tiga minggu sahaja untuk membuat persediaan menghadapi kejohanan di Sepanyol,” katanya dalam satu video dikongsi kepada media hari ini.

 Cheah menampilkan aksi cemerlang dan hanya memerlukan masa 34 minit untuk muncul juara perseorangan dalam kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) selepas mengalahkan wakil Jepun Taiyo Imai 21-13, 21-1.

Ini kejayaan kedua berturut-turut diraihnya tahun ini selepas mengecewakan pemain Indonesia Dheva Anrimusthi 14-21, 22-20, 21-18 di perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Fazza-Dubai buat kali ketiga di UAE.

Sementara itu, Cheah yang juga juara dunia sebanyak enam kali itu berkata pengalaman diraihnya ketika turun bertanding pada kejohanan lepas membantu dirinya mengatasi tekanan dihadapi untuk mengecap kejayaan di Sepanyol.

Beliau pada masa sama turut bersyukur dan menghargai usaha dilakukan pegawai yang menganalisis setiap pencabarnya seterusnya membantunya mengungguli kejohanan di Sepanyol itu.

Jurulatihnya, Datuk Rashid Sidek ketika dihubungi Bernama mengesahkan Cheah berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik di Tokyo, Jepun yang dijadualkan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 Sept ini susulan kejayaannya di Cartagena. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran