web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiket Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya Mula Dijual Hari Ini

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 1:54PM

Peminat bola sepak tanah air boleh mendapatkan tiket aksi persahabatan Tier 1 bermula hari ini - Gambar Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peminat bola sepak tanah air boleh mendapatkan tiket aksi persahabatan Tier 1 bermula hari ini, melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 14 dan 20 Jun.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan penjualan tiket berharga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun boleh didapati menerusi laman sesawang https://www.tickethotline.com.my/. 

FAM turut memaklumkan tiada penjualan tiket secara fizikal di stadium dilakukan melibatkan perlawanan dengan kedua-dua negara terbabit.

Skuad kendalian Kim Pan Gon itu dijadual berdepan perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kepulauan Solomon pada 14 Jun sebelum menentang Papua New Guinea bagi aksi kedua 20 Jun di stadium berkenaan.

Aksi persahabatan tersebut adalah sebagai medan persediaan Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar, Januari tahun depan. 

Pasukan negara  sebelum ini, mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Mac, menyaksikan skuad kebangsaan mencatat kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.

Stadium Nasional Bukit Jalil, yang menjadi venue keramat skuad Harimau Malaya, tidak dapat digunakan berikutan kerja-kerja penggantian rumput pada masa ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad