web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RTG Sedia Pertimbang Biaya Pemain Badminton Profesional Ke Kejohanan Antarabangsa

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 9:07AM

Hamidin Mohd Amin - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Road To Gold (RTG) sedia mempertimbangkan permintaan pemain badminton profesional yang berada dalam program tersebut untuk pembiayaan bagi menyertai kejohanan antarabangsa sebagai persediaan sebelum ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu bakal dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa RTG akan datang. 

Beliau berkata jawatankuasa program terbabit turut bakal menyelaraskan segala permintaan lain yang dikemukakan pemain-pemain berkenaan dalam mesyuarat itu. 

“Kita akan selaraskan dalam mesyuarat RTG yang kita atur, saya rasa permintaan Lee Zii Jia (pemain badminton perseorangan lelaki utama negara) sama dengan pemain lain.

“Perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat RTG dan kita juga akan umum apa yang diminta oleh pemain lain,” katanya pada sidang media selepas pertemuan bersama Zii Jia di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata semua pemain yang berada di bawah program RTG bakal menerima layanan sama rata bagi memastikan prestasi mereka dipertingkatkan sebelum ke temasya berprestij itu. 

Terdahulu, Hamidin berjumpa Zii Jia bagi membincangkan keperluan selain persediaan beliau untuk berentap dalam kejohanan antarabangsa akan datang.

Zii Jia bakal membuat penampilan seterusnya pada kejohanan Terbuka Singapura, minggu hadapan.

Sebelum ini, Zii Jia ditunjukkan jalan keluar awal pada pusingan kedua pada Masters Malaysia selepas ditewaskan wakil Taiwan Lin Chun-Yi 19-21, 21-26, 15-21. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad