web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Badminton Asia, BAM Tandatangan MoU Bawa Badminton Ke Tahap Lebih Tinggi

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 7:41AM

MoU itu ditandatangani Mohamad Norza Zakaria dan Kim Jong Soo dengan disaksikan oleh Poul-Erik Hoyer - Gambar Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk menggalakkan dan memudahkan kemajuan dalam pembangunan sukan badminton.

MoU itu ditandatangani Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Badminton Asia Kim Jong Soo dengan disaksikan oleh Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Poul-Erik Hoyer.

Kim berkata majlis semalam menyaksikan bermulanya perjalanan mereka dalam dalam pertukaran, perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kepakaran teknikal.

“Dengan penglibatan dalam program latihan, kejohanan dan inisiatif kerjasama, kami berusaha untuk meningkatkan lagi kemahiran, teknik dan pembangunan secara keseluruhan atlet, jurulatih dan pentadbir sukan,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini semalam.

Sementara itu, Mohamad Norza yang menerima kerjasama itu dengan penuh optimis berkata MoU berkenaan menyediakan rangka kerja untuk meneroka dan melaksanakan program secara kerjasama yang akan memberi manfaat kepada sukan badminton di Malaysia.

“MoU ini membuka pintu kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk sains sukan, pendidikan jurulatih, pembangunan kurikulum, pengurusan sukan dan pembangunan infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata melalui kerjasama ini, diharapkan lebih ramai pemain badminton dari negara luar akan menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.

“Memandangkan Badminton Asia dan BWF ada di Malaysia, saya rasa kami mahu jadikan ABM sebagai pusat menarik lebih ramai pemain badminton dari negara-negara lain. Buat masa ini, kita lakukan menerusi kerjasama ini, kita boleh melangkah ke tahap lebih baik. Ia memberi manfaat kepada negara terlibat dan badminton di Malaysia.

“Terdapat empat pemain dari Syria dan akan bermula tidak lama lagi, sebelum itu kita ada tiga pemain dari Azerbaijan, jadi, saya menjangkakan ramai pemain akan datang namun kita perlu selaraskan dengan betul kerana kita juga perlu melihat kapasiti akademi,” katanya.

Difahamkan, kerjasama berkenaan adalah selama dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya untuk tempoh dua tahun lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad