web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wei Chong-Kai Wun Tempah Slot Ke Final Untuk Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 7:13AM

Man Wei Chong-Tee Kai Wun - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun semakin hampir merangkul kejuaraan sulung Super 500 mereka pada final Malaysia Masters 2023 selepas menewaskan gandingan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam kelompok empat terakhir semalam.

Pada perlawanan terakhir hari ini di Arena Axiata, aksi gandingan Malaysia sukar diatasi pada awal permainan apabila mendahului dengan kelebihan tujuh mata dan berjaya menangkis serangan pilihan kelapan kejohanan untuk memenangi set pembukaan 21-17.

Set kedua menyaksikan kegigihan dan semangat juang Wei Chong-Kai Wun apabila mereka berusaha menyamakan kedudukan 4-4 selepas ketinggalan 1-4 serta mendahului lawan dengan 11-10 sebelum rehat.

Beregu bukan pilihan itu terus berdepan aksi sengit menentang pasangan Indonesia sebelum pukulan balas Marthin terkena jaring menyebabkan penyokong Malaysia bersorak riang apabila Wei Chong-Kai Wun meraih kemenangan 22-20.

Pasangan beregu nombor 26 dunia itu akan bertemu pemain bukan pilihan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan yang menewaskan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun 21-18, 12-21, 21-16 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Kejayaan di luar jangkaan Wei Chong-Kai Wun menyusuli kemaraan pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah ke final selepas beraksi sengit menentang gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong yang berakhir dengan kemenangan 21-19, 23-21.

Pearly Tan-M.Thinaah - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Pearly Tan-M.Thinaah - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kai Wun berkata pada awal permainan, mereka berasa gementar namun bangkit secara perlahan-lahan dan membina keyakinan untuk memastikan kemenangan serta mara ke final.

Beliau berkata kemenangan Pearly-Thinaah sebelum itu telah memberi inspirasi kepada mereka untuk turut sama melakar kejayaan.

Wei Chong pula berkata keputusan hari ini sudah pasti akan dilihat sebagai pencapaian terbaik mereka selepas dibelenggu kecederaan dan prestasi buruk sebelum ini.

“Ini kejayaan dan final Super 500 pertama kami, sebelum ini selalu kalah pada pusingan pertama dan kedua,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad