web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pearly-Thinaah Sukar Untuk Ditundukkan - Shida

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 8:35PM

Shida berkata mereka teruja berdepan cabaran yang ditampilkan Pearly-Thinaah di gelanggang. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun meraih lapan kemenangan daripada sembilan perlawanan menentang beregu wanita utama negara, pasangan ketiga terbaik dunia, Nami Matsuyama-Chiharu Shida sentiasa berhati-hati ketika berdepan gandingan Malaysia ini.

Shida berkata mereka bagaimanapun teruja hadapi cabaran yang ditampilkan Pearly-Thinaah di gelanggang.

“Walaupun aksi mereka sukar diramal, kami benar-benar teruja setiap kali berdepan dengan gandingan ini,” kata Shida kepada Bernama melalui penterjemah ketika ditemui di Masters Malaysia 2023 di sini hari ini.

Kedua-dua pasangan itu pertama kali bertemu dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020 apabila Matsuyama-Shida terpaksa bekerja keras menundukkan Pearly-Thinaah dalam rubber set, 21-15, 18-21, 21-16.

Satu-satunya kemenangan Pearly-Thinaah menentang pasangan Jepun itu adalah pada suku akhir Terbuka Perancis 2022, 15-21, 21-14, 21-14 sebelum melakar sejarah, menjadi beregu wanita Malaysia pertama merangkul gelaran sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1908.

Pearly-Thinaah merangkul kejuaraan Terbuka Perancis selepas menewaskan satu lagi gandingan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, 21-19, 18-21, 21-15 pada pentas final di Stade Pierre De Coubertin, Paris, Oktober lepas.

Terdahulu, Matsuyama-Shida mara ke suku akhir Masters Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena selepas mengatasi Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan dari China, 21-16, 21-12.

Matsuyama-Shida berpeluang bertemu rakan senegaranya dalam aksi suku akhir esok sekiranya Rin Iwanaga-Kie Nakanishi mengalahkan gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee, dalam perlawanan pusingan kedua yang lain.

Sementara itu, Shida berkata mereka akan menghadapi setiap perlawanan dengan berhati-hati dalam Masters Malaysia walaupun menamatkan saingan selaku naib juara pada edisi lalu selepas tewas kepada pasangan China, Cheng Qing Chen-Jia Yi Fan, 11-21, 12-21 pada aksi final.

Dalam pada itu, Matsuyama berharap dapat menaiki podium pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023 akan datang di Copenhagen, Denmark dari 21 hingga 27 Ogos.

“Kami tidak tahu berapa banyak kejohanan dunia yang akan kami sertai bersama tetapi kami berharap untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat dalam kejohanan itu,” katanya.

Matsuyama-Shida tidak pernah meraih pingat dalam kejohanan dunia kerana pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan berprestij itu ialah melayakkan diri ke suku akhir sebanyak dua kali iaitu pada penampilan sulung mereka pada 2021 dan edisi 2022. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Melly Goeslow Nyata Masih Hebat, Memukau Peminat Di Axiata Arena

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Pengantin Baharu Soon Huat-Shevon Muncul Juara Masters Malaysia

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ajak Rakyat Sertai Perhimpunan Bersama Palestin Malam Esok

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar