Berita Terkini

19 minit yang lalu: Mahkamah Tinggi PBB akan dengar kes Ukraine terhadap pencerobohan Rusia 20 minit yang lalu: SEDA Malaysia lantik Ahmad Zairin Ismail sebagai pengerusi baharu 20 minit yang lalu: Hormati titah Agong, jangan jadikan Islam polemik politik - Mufti P. Pinang 22 minit yang lalu: Hakim tarik diri dengar semakan kehakiman ibu bapa Teoh Beng Hock 24 minit yang lalu: UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan, KPM fokus bangunkan murid secara holistik

IKUTI KAMI


Muhammad Ubaidullah Lega Terlepas Jadi 'Bahan' Kecaman Gara-Gara Gol Sendiri

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 11:24AM

Pemain bola sepak negara Daryl Sham K K George ketika beraksi menentang pemain Laos pada perlawanan Bola Sepak Peringkat Kumpulan B sempena Sukan SEA 2023 di Prince Stadium malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Tonggak pemain pertahanan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili lega apabila penampilan pertamanya di pentas Sukan SEA tidak berakhir dengan episod duka.

Pemain Terengganu FC berusia 20 tahun itu berkata kesilapannya menjaringkan gol sendiri ketika menentang Laos pada aksi sulung Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 semalam, hampir memusnahkan impian beliau untuk membuat debut yang sempurna.

Katanya kemenangan 5-1 yang dilakar pasukan negara telah menyelamatkan namanya yang berdepan kecaman sekiranya Malaysia gagal meraih keputusan positif pada pertembungan itu.

“Lega sangat, kalau tidak kena kecam saya…rakan-rakan sepasukan pun cakap kalau kita tewas saya memang akan kena (kecam)...memang kemenangan ini tutup kesilapan saya sedikit sebanyak.

“Saya juga bersyukur mempunyai rakan-rakan sepasukan dan jurulatih yang banyak beri sokongan untuk saya teruskan perlawanan sampai tamat. Bagi saya apa yang terjadi adalah satu proses pembelajaran untuk diri saya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium Prince, di sini.

Pada aksi tersebut, Muhammad Ubaidullah yang meledak gol pembukaan negara seawal minit keempat, tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-21 ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang Phetdavanh Somsanid, sekali gus memberi gol penyamaan kepada Laos.

Bagaimanapun, skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan berjaya bangkit mencetak empat gol, masing-masing menerusi dua pemain gantian Muhammad Syahir Bashah dan Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal, selain dua jaringan sendiri Anantaza Siphongphan dan Phoutthavong Sangvilay.

“Perlawanan pertama biasanya susah tetapi kita berjaya meraih kemenangan untuk suntik motivasi pasukan dalam perlawanan seterusnya...bagi saya ini permulaan yang baik,” kata Muhammad Ubaidullah.

Malaysia akan menentang Thailand pada aksi kedua Kumpulan B di Stadium Prince, Sabtu ini.

Malaysia dan Thailand yang baru bermain satu perlawanan, masing-masing meraih tiga mata di tempat kedua dan ketiga dalam saingan kumpulan, sementara Singapura dan Laos di kedudukan tercorot selepas gagal mengutip mata dalam dua perlawanan pertama.

Vietnam pula menerajui saingan dengan enam mata selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pencapaian Terburuk Kontinjen Malaysia Dalam Sejarah Sukan SEA

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Malaysian Tigress Hampiri Kejayaan Raih Emas

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Cheong Min Atlet Malaysia Pertama Sumbang 2 Emas

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

3 Lelaki Dikesan Menyamar Sebagai Polis Di Lebuhraya Utara Selatan

Politik 1 hari yang lalu

Peja Sahkan Tak Tanding PRN, ‘Tugas Saya Perkuat Jentera Parti’

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kanak-Kanak Lemas, Seorang Lelaki Hilang Ketika Mandi Di Pantai Bagan Lalang

Luar Negara 3 jam yang lalu

PBB Kutuk Israel Bunuh Kanak-Kanak Palestin