Berita Terkini

2 jam yang lalu: Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter di Kampung Meranto, Gua Musang 2 jam yang lalu: KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah 2 jam yang lalu: Rumah terbakar: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei terjejas 2 jam yang lalu: MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta 2 jam yang lalu: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah carum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

IKUTI KAMI


BAC: Tang Jie-Ee Wei Ke Pusingan Kedua, Kian Meng-Pei Jing Terkandas

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 1:23PM

Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya mara ke pusingan seterusnya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuka kempen Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan langkah kanan selepas menewaskan beregu Korea Selatan Kim Won Ho-Jeung Na Eun.

Gandingan negara di ranking ke-22 itu mengejutkan pasangan ke-10 dunia dengan kemenangan mudah 21-14, 21-13 dalam 34 minit pertarungan berlangsung di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.

Tang Jie-Ee Wei dijadual berdepan wakil Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti pada pusingan kedua, yang terdahulu mengenepikan pasangan Jepun Kyohei Yamashita-Naru Shinoya 21-17 dan 21-16.

Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang turut mara ke pusingan kedua, bagaimanapun terpaksa bermandi peluh apabila diheret bermain dalam set penentuan sebelum menewaskan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin dari Taiwan.

Soon Huat-Shevon yang menduduki ranking kelapan dunia dikejutkan apabila tewas set pertama 21-15 sebelum bangkit pada set kedua 22-20 sebelum mengenepikan gandingan Taiwan di ranking ke-23 21-15, sekali gus menempah pertemuan dengan pasangan ranking ke-51 dari China Cheng Xing-Chen Fang Hui.

Namun, nasib berbeza buat satu lagi beregu campuran negara apabila Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan terpaksa menamatkan perjuangan pada edisi kali ini selepas tewas kepada wakil China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-17, 21-13. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Masih Boleh Bersabar Dengan Zii Jia - Hamidin

2

Sukan 2 hari yang lalu

Badminton Asia, BAM Tandatangan MoU Bawa Badminton Ke Tahap Lebih Tinggi

3

Sukan 2 hari yang lalu

BWF Tolak Cadangan Chong Wei

4

Sukan 2 hari yang lalu

Wei Chong-Kai Wun Tempah Slot Ke Final Untuk Malaysia

Sorotan

1

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

2

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

3

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

El Nino Burukkan Jerebu Di Malaysia 

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Renjatan Elektrik, Tiada Pengenalan Diri Ditemui - Bomba

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

Semasa 15 jam yang lalu

KDN Sasar 75 Peratus Klien AADK Pulih Tahun Ini - Saifuddin Nasution