web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohamed Salah, Diiktiraf Atas Kerja Amal

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 2:12PM

Mohamed Salah bersama anugerah Laureus Sporting Inspiration 2021. - Gambar Twitter Mohamed Salah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah telah dianugerahkan Anugerah Laureus Sporting Inspiration 2021, atas sumbangan terhadap kerja-kerja amal yang dilakukannya terutama di negara kelahirannya di Mesir.

Anugerah berkenaan, yang dianjurkan di Seville dalam format digital susulan pandemik COVID-19 dan sekatan perjalanan, menonjolkan ahli sukan profesional yang menggunakan kedudukan mereka untuk memberi kesan yang positif selama 12 bulan terakhir ini.

Mohamed Salah, 28, menerima Anugerah Laureus Sporting Inspiration 2021 susulan sokongan yang diberikan dalam isu kebajikan dan komitmen dalam memperjuangkan ketidakadilan sosial.

Beliau aktif dalam projek di kampungnya halamannya di Nagrig, Mesir, di mana kebanyakan penduduk di situ hidup dalam kemiskinan.

Mohamed Salah juga merupakan seorang yang lantang memperjuangkan kesaksamaan wanita di Asia Barat dan turut dinamakan oleh majalah Time sebagai salah seorang daripada 100 individu berpengaruh di dunia.

Ketika menerima anugerah itu, beliau mendedikasikan pengiktirafan tersebut kepada peminat sukan di seluruh dunia dan mereka yang telah mengalami masa `sukar' sepanjang 12 bulan ini.

''Saya amat bangga dipilih oleh Laureus Academy untuk anugerah ini.

"2020 adalah masa yang amat sukar kepada kebanyakan peringkat dan kebanyakan orang di seluruh dunia. Sebahagian daripada kita terpaksa berjauhan daripada keluarga dan rakan-rakan dan ada juga yang kehilangan orang tersayang.

''Kita perlu belajar dari pengalaman ini, menyokong satu sama lain dan melakukan yang terbaik untuk masa akan datang.

''Banyak kali, pemain bola sepak menang anugerah dan automatik berterima kasih kepada peminat kami. Kali ini, saya dedikasikan bukan hanya kepada peminat kami tetapi kepada semua peminat sukan lain di seluruh dunia.

"Tahun lepas menjadi peringatan yang sangat kuat mengenai fakta bahawa sukan, termasuk bola sepak, tidak akan ada apa-apa tanpa peminat. Semua orang dalam dunia sukan boleh diganti, tetapi tidak peminat,'' katanya mengakhiri ucapan sambil mengucapkan terima kasih.- skysports.com

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar