web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arif Aiman, Dos Santos Dilepaskan Akibat Kecederaan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 9:40PM

Arif Aiman Mohd Hanapi dan Endrick Dos Santos tidak akan membarisi skuad Harimau Malaya bertemu Hong Kong Selasa depan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi dan Endrick Dos Santos, tidak akan membarisi skuad Harimau Malaya bertemu Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Selasa depan. 

Perkara itu disebabkan kedua-dua pemain tersebut dilepaskan dari kem latihan pusat pasukan negara di sini, selepas ujian yang dilakukan mengesahkan mereka mengalami kecederaan.

“Pegawai dan pasukan perubatan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemainnya, dan telah bersetuju untuk melepaskan Arif Aiman dan Dos Santos ​​dari kem latihan pusat ini, supaya mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik.

“Dengan ketiadaan Arif Aiman dan Dos Santos, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat dan tiada penambahan pemain baharu,” kata Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon dalam kenyataan dikeluarkan FAM hari ini.

Terdahulu, keberadaan dan status Arif Aiman yang beraksi di posisi sayap menjadi misteri, selepas beliau tidak bersama pasukan negara yang menjalani latihan di Pusat Latihan JDT, Padang Mawar di Pasir Gudang malam tadi.

Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 itu juga tidak berada dalam skuad bimbingan Pan Gon, ketika Malaysia menewaskan Turkmenistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis lepas.

Sementara itu, difahamkan Dos Santos mengalami kecederaan di buku lali selepas pertembungan semasa perlawanan menentang Turkmenistan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar