web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


NSFC Raih Kemenangan Pertama, Atasi Terengganu 2-1

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 9:00AM

Pemain Negeri Sembilan Levy Madinda (kanan) meraikan jaringan golnya ketika menentang Terengganu FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan FC (NSFC) memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila menewaskan Terengganu FC 2-1 sekali gus memperoleh kemenangan pertama musim ini dalam saingan Liga Super, malam tadi. 

Perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan saingan seimbang dengan mencipta beberapa percubaan menarik namun gagal disempurnakan dengan baik pada 20 minit pertama perlawanan.

Pemain import, Levy Clement Madinda dari Gabon, kemudian meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan apabila membuka jaringan pada minit ke-28.

Terengganu yang diberi julukan skuad The Turtles, bagaimanapun, terus memberikan tentangan sengit apabila pemain import dari Thailand, Adisak Kraison memanfaatkan situasi permainan kelam kabut dengan membolosi gawang tuan rumah pada minit ke-45. 

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan, kendalian jurulatih K.Devan, berada di kedudukan selesa apabila penyerang Anselmo Arruda Da Silva menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 hasil hantaran kemas Tommy Mawat Bada dan kedudukan kekal sehingga ke wisel penamat. 

Negeri Sembilan kini mengutip lima mata selepas empat perlawanan manakala Terengganu kekal dengan empat mata selepas lima perlawanan.

Sementara itu, perlawanan di Stadium Perak, Ipoh pula menyaksikan Perak FC gagal menebus kekalahan dengan Sri Pahang FC selepas tewas 0-3.

Skuad The Bos Gaurus, kendalian Datuk Lim Teong Kim,bertekad menebus kekalahan 1-2 ke atas Sri Pahang selepas tersingkir dari saingan Piala FA, minggu lalu, tersentak apabila dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh penyerang profilik Sri Pahang, Kpah Sherman pada minit ke-13.

Asakan bertali arus tuan rumah tidak merencatkan barisan serangan Sri Pahang apabila Kpah Sherman berjaya memperdayakan pertahanan Perak dan melorongkan bola kepada Stefano Brundo untuk menyumbat gol kedua Sri Pahang pada minit ke-36.

Perak kemudian terpaksa bermain 10 pemain apabila pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, melayangkan kad merah kepada Muhammad Nasrol Amri Kamarul Azhar selepas pemain itu melakukan terjahan dari belakang ke atas Sergio Aguero pada minit ke-39.

Aksi babak kedua menyaksikan Sri Pahang mendominasi perlawanan dengan hasilnya terserlah menerusi jaringan pemain gantian, Muhammad Zuhair Aizat Mohd Nazri, pada minit ke-74 untuk kemenangan mutlak pasukan pelawat itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad