web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sepakan Penalti Saat Akhir Bantu JDT Raih 3 Mata Di Alor Setar

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 8:02AM

Pemain Kedah Rabih Ataya diasak oleh pemain JDT Matthew Davies dalam perlawanan semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepakan penalti Bergson da Silva pada masa kecederaan separuh masa kedua memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengatasi Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Sepakan penalti diberikan pengadil Razlan Joffri Ali selepas pemain gantian pasukan pelawat Mohamadou Sumareh dijatuhkan pertahanan import KDA FC Renan Alves dalam kotak penalti tatkala satu mata hampir pasti diraih kedua-dua pasukan.

Bergson tenang menyempurnakan sepakan itu yang juga jaringan ke-10 peribadinya musim ini selepas penjaga gol Mohd Shahril Sa'ari yang bertindak cemerlang sepanjang 90 minit permainan tersalah jangkaan dalam usaha menyelamatkan sepakan tersebut.

Terdahulu, dalam aksi sengit kedua-dua pasukan, penyerang KDA FC Kpah Sherman berpeluang meledak gol pada minit ke-41, namun tandukan berpunca daripada sepakan percuma Rabith Ataya sekadar menggegar palang tatkala Mohd Farizal Marlias sudah pun tertewas.

Kemenangan tipis itu membolehkan JDT yang mengumpul 27 mata, melebarkan penguasaan di takhta liga dengan perbezaan tiga mata di hadapan Terengganu FC (TFC) yang menewaskan pasukan tercorot liga UiTM FC 3-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada satu lagi aksi.

Kejayaan itu menyaksikan skuad bimbingan Mohd Nafuzi Mohd Zain bangkit daripada kekalahan memalukan 1-4 kepada Penang FC minggu lalu sekali gus kembali merakam kemenangan untuk mencabar kejuaraan liga.

TFC memulakan aksi dengan sempurna apabila mendahului 2-0 seawal 10 minit pertama masing-masing menerusi David da Silva pada minit kelapan dan Muhammad Faisal Abdul pada minit ke-10 sebelum Rahmat Makasuf meledak gol ketiga pasukan tuan rumah pada minit ke-77.

Sementara itu, jaringan hatrik ketua pasukan Paulo Josue memastikan Kuala Lumpur (KL) City FC meleburkan rekod sembilan perlawanan tanpa kalah pendatang baharu Penang FC dengan kemenangan 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras.

Hatrik import dari Brazil berusia 32 tahun itu bermula dengan sepakan percuma cantik pada minit ke-36 diikuti sepakan penalti pada minit ke-52 sebelum melengkapkan malam gemilang KL City FC menerusi rembatan deras kaki kanan pada minit ke-89.

Penang FC berusaha merapatkan kedudukan dengan gol Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-64, namun ia tidak memadai untuk menghalang KL City FC meraih tiga mata pertama dalam empat perlawanan terdahulu.

Kemenangan itu membolehkan KL City FC memintas Petaling Jaya (PJ) City FC di kedudukan keenam dengan mengumpul 16 mata sementara Penang FC jatuh ke tempat keempat dengan 22 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad