web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JDT Berpesta Gol Belasah NSFC Di Paroi

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 9:50AM

JDT membelasah NSFC 7-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. - Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT)  berpesta gol apabila membelasah Negeri Sembilan FC (NSFC) 7-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan memulakan perlawanan itu dengan garang, apabila terus melancarkan serangan bertali arus sebelum penyerang JDT, Fernando Martin Forestieri tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol pertama pada minit ke-21, hasil hantaran sepakan percuma Leandro Sebastian Velazquezao.

JDT menerima sepakan itu setelah pemain NSFC, Che Rashid Che Halim, dilayangkan kad kuning akibat mengasari pemain lawan. 

Enggan tewas di laman sendiri, pasukan tuan rumah mula menguji benteng pengendali dari Argentina Esteban Solari, namun kelalaian benteng pertahanan memakan diri apabila penyerang JDT, Diogo Luis Santo menambah duka pasukan Jang pada minit ke-41.

Belum sempat anak buah K.Devan memperkemas permainan pada babak kedua, JDT terus menambah derita buat skuad NSFC apabila Fernando Martin menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49, sebelum Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022, Arif Aiman Mohd Hanapi, menyudahkan hantaran Diogo, empat minit kemudian.

Kelekaan anak buah K. Devan terus dihukum Harimau Selatan, apabila pemain pertahanan JDT, La' Vere Corbin-Ong menambah gol kelima menerusi tandukan deras jarak dekat yang tidak dapat ditampan penjaga gol NSFC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, pada minit ke-67.

Skuad Harimau Selatan terus berpesta gol pada minit ke-74, apabila pemain tengah baharu JDT, Endrick dos Santos menyudahkan gerakan di hadapan pintu gol lawan selepas tidak menerima sebarang tekanan barisan pertahanan skuad Jang, sebelum Corbin-Ong terus menambah gol pada minit ke-88, sekali gus mencatat kemenangan JDT di gelanggang lawan.

Sementara itu, aksi di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, Sabah FC, menduduki tangga kedua liga selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Kuching City FC.

Skuad Sang Badak yang turun dengan formasi 3-4-3, bermula cemerlang apabila berjaya membuka tirai jaringan menerusi pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani yang menyudahkan gerakan dari kiri padang yang dimulakan kapten pasukan, Park Tae-su dari Korea Selatan, pada minit ke-24.

Namun, penyerang Kuching City FC, Abu Kamara berjaya menceriakan penyokong tuan rumah apabila menyamakan kedudukan pada minit kecederaan untuk menutup tirai babak pertama dengan kedudukan terikat seri 1-1.

Bersambung babak kedua, anak buah Datuk Ong Kim Swee terus melakukan asakan ke kubu tuan rumah lalu berjaya menghukum anak buah Irfan Bakti Abu Salim apabila pemain tengah Sabah, Telmo Castanheira, mengesahkan kemenangan Sang Badak pada minit ke-58.- Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad