web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Industri Sukan Terima RM399 Juta

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 6:15PM

Anwar membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peruntukan kerajaan sebanyak RM399 juta dalam Bajet 2023 yang dibentangkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim - kepada Kementerian Belia dan Sukan menyaksikan peningkatan ketara berbanding RM289 juta yang diperuntukkan tahun lepas.

Bajet ini menyaksikan industri sukan menerima tambahan RM110 juta daripada kerajaan, di mana sejumlah besar RM324 juta adalah untuk program latihan dan kemudahan sukan untuk semua atlet dan atlet para.

Peruntukan itu juga bagi membangunkan ekosistem sukan yang melibatkan pencarian bakat sehingga ke acara podium, selain bagi tujuan menyelenggara dan menaik taraf kemudahan sukan di seluruh negara.

Anwar berkata, pentadbiran akan menyediakan RM20 juta untuk menumpukan program perpaduan dalam sukan, kebudayaan dan kesenian di peringkat sekolah dan masyarakat.

Bagi mencapai matlamat ini, Anwar berkata kerajaan akan menyediakan dana padanan sebanyak RM50 juta untuk menggalakkan penajaan sektor swasta bagi program sukan, terutamanya untuk sukan berasaskan perpaduan, dan untuk pertandingan di peringkat kebangsaan.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan akan menyediakan RM5 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) tahun ini untuk kesejahteraan atlet.

Sementara itu, Anwar berkata, pengecualian cukai sebanyak 10% daripada pendapatan agregat individu atau syarikat yang menyumbang kepada pertubuhan bukan untung yang melaksanakan program pembangunan sukan akar umbi.

Kerajaan juga akan memberikan pengecualian cukai kepada majikan yang mengambil bekas atlet negara. - The Vibes, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam