web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liga Super: KL CITY Sekat Kemaraan JDT

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 8:48AM

Pemain KL City FC, Daniel Sang Ting (tengah) diasak dua pemain Johor Darul Ta'zim pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur (KL) City FC berjaya menafikan peluang Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk kembali ke landasan kemenangan selepas mengikat skuad itu dengan keputusan seri 1-1, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, dalam saingan Liga Super malam tadi.

Turun selaku pasukan pilihan, Harimau Selatan yang mendominasi separuh masa pertama hampir mendahului perlawanan namun sepakan lencong dari luar kotak penalti pada minit ke-38 oleh pemain import Gonzalo Gabriel Cabrera sekadar menggegarkan palang gol tuan rumah.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi pemain import Romel Morales yang dengan mudah menolak masuk bola ke gawang JDT, hasil tandukan rakan sepasukan, Muhammad Fakrul Aiman Sidid pada minit ketiga masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten Hariss Harun pada minit ke-55 hasil sepakan sudut oleh Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Jaringan penyamaan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

Keputusan seri itu tidak menggugat kedudukan JDT yang kekal di tangga teratas liga dengan 24 mata berbanding pencabar terdekat Terengganu FC yang mengumpul 21 mata serta berkelebihan satu perlawanan, manakala KL City FC pula di tangga ketujuh dengan 13 mata.

Satu lagi keputusan menyaksikan Kedah Darul Aman FC naik ke tangga kedua  liga dengan 23 mata selepas ia membenam Melaka United FC 3-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Pemain import, Kpah Sherman meletakkan pelawat di depan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-18 sebelum Stefan Nikolic menyamakan kedudukan, juga menerusi jaringan penalti, pada minit ke-38

Skuad Lang Merah menggandakan asakan sejurus babak kedua bersambung dan hasilnya Kpah Sherman sekali lagi meledakkan gol pada minit ke-62 sebelum Baddrol Bakhtiar memastikan pasukannya memungut tiga mata penuh empat minit sebelum perlawanan tamat.

Kekalahan dialami Melaka United FC itu menyebabkan mereka kekal di tangga kelapan liga dengan 10 mata selepas mengharungi 11 perlawanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad