web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatan FIFA Kelebihan Untuk Bangunkan Bola Sepak Negara, Dunia - Hamidin

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 7:17AM

Hamidin Mohd Amin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANAMA (Bahrain) - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sebagai pencapaian peribadi.

Malah, beliau berkata ia adalah kemenangan buat FAM dan Malaysia demi pembangunan sukan bola sepak, futsal, bola sepak wanita serta bola sepak pantai tempatan dan dunia.

“Ada banyak perkara yang perlu dibawa, menjadi kelebihan kepada Malaysia apabila saya berada di sana. Banyak perkara boleh dibuat untuk masa depan bola sepak di Malaysia dan Asia.

“Sudah tentu ini satu tanggungjawab besar yang saya bawa untuk memastikan bola sepak Malaysia, ASEAN, Asia dan dunia akan bertambah lebih baik daripada sekarang,” katanya kepada Bernama selepas Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ke-33 di sini, malam tadi.

Terdahulu, Hamidin yang berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC bagi penggal lepas, menang perebutan tujuh penjuru untuk lima kerusi (lelaki) Ahli Majlis FIFA bagi Asia untuk tempoh 2023-2027 selepas menerima 30 undi.

Calon lain yang terpilih adalah Sheikh Hamad Khalifa A A Al Thani dari Qatar dengan 40 undi, Kohzo Tashima dari Jepun (39), Mariano Areneta Jr dari Filipina (34) dan wakil Arab Saudi Yasser H Almisehal (35).

Sementara itu, Hamidin yang bersyukur dengan kemenangan itu, berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberikan sokongan kuat kepada beliau.

“Semasa kunjungan saya menemui Perdana Menteri, beliau menyatakan sokongan kuat kepada saya untuk menang kerana duduki kerusi ini bagus kepada negara, letak Malaysia dalam peta bola sepak dunia.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyokong saya dari awal, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta semua peminat bola sepak negara,” katanya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis FIFA dari 2015 hingga 2019.

Manakala, Tan Sri Hamzah Abu Samah menyandang jawatan Naib Presiden FIFA selama lapan tahun bermula 1982 hingga 1990, selain Lim Kee Siong turut memegang jawatan Ahli Majlis pada 1960. – Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 48 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad