Berita Terkini

14 jam yang lalu: Pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan lelaki dipukul hingga mati 14 jam yang lalu: Maybank perkenal ciri nyahaktif akses segera, tangani penipuan dalam talian 14 jam yang lalu: Sukan SEA: Erry, Hafiz taruhan pingat di Kemboja 14 jam yang lalu: India: Menteri Kesihatan Odisha maut ditembak 15 jam yang lalu: Kurang 10 peratus syarikat culas bayar SST, negara rugi hampir RM150 juta - Kastam

IKUTI KAMI


Piala Dunia: Speedy Tigers Tewas Kepada Belanda Pada Aksi Pembukaan

Sukan Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 9:39PM

Malaysia tumpas 4-0 di tangan juara dunia tiga kali Belanda. - Gambar dari laman web rasmi FIH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad hoki lelaki negara terpaksa akur dengan kekuatan juara tiga kali Belanda, apabila tewas 4-0 dalam aksi sulung Kumpulan C kejohanan hoki Piala Dunia di Stadium Birsa Munda, Rourkela di India, petang tadi.

Belanda, pasukan di ranking ketiga dunia, ternyata berada dalam kelas tersendiri menerusi kepantasan dan keupayaan teknikal dimiliki barisan pemain sekali gus memaksa skuad Speedy Tigers bekerja keras sepanjang perlawanan.

Penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman bertindak cemerlang menyelamatkan gawang daripada beberapa percubaan berbahaya Belanda sebelum akhirnya bolos selepas Thijs Van Dam meledak gol padang pada minit ke-20 selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan negara.

Empat minit berselang, gawang skuad bimbingan A Arul Selvaraj dibolosi kali kedua apabila Jip Janssen tenang menyempurnakan pukulan penalti selepas kekasaran dilakukan Muhammad Amirul Hamizan Azhar terhadap Jonas de Geus.

Malaysia berpeluang untuk merapatkan kedudukan, namun pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ke-28 berjaya ditepis penjaga gol Pirmin Blaak.

Tatkala pasukan negara sedang memburu jaringan, Belanda bijak menghidu ruang dan peluang untuk melebarkan penguasaan selepas Teun Beins menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-48.

Seakan perlawanan berkesudahan 3-0, kelalaian benteng pertahanan negara terus dihukum Belanda selepas Jorrit Croon mudah menolak bola masuk pada penghujung aksi sekali gus membantu pasukan meraih permulaan sempurna.

Bercakap selepas perlawanan, Arul Selvaraj mengakui berdepan Belanda selaku gergasi hoki dunia bukan tugas mudah, namun katanya apa yang positif pemain berjaya menerapkan taktikal direncana biarpun masih terdapat kelemahan perlu diperbaiki.

“Sedikit sebanyak penambahbaikan yang kita perlu daripada perlawanan ini ialah dari (aspek) kesilapan individu.

“Individu itu mesti ambil tanggungjawab untuk memperbaikinya, kadang-kadang kesilapan berlaku kerana tekanan kepada pemain dan kurang sokongan dari rakan sepasukan di padang.

“Untuk lawan Chile, kita sudah tentu akan ubah sedikit corak permainan untuk kita keluar (beraksi) dan capai kemenangan dalam perlawanan kedua,” kata jurulatih berusia 48 tahun itu.

Malaysia, yang menghuni ranking ke-11 dunia, dijadual berdepan Chile (ke-22 dunia) Isnin ini di venue sama sebelum mengharungi aksi terakhir kumpulan menentang pasukan nombor sembilan dunia, New Zealand di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, Khamis depan.

Belanda kini menerajui carta Kumpulan C berkongsi tiga mata bersama New Zealand di tempat kedua selepas turut merakam kemenangan 3-1 ke atas Chile pada satu lagi aksi hari ini.

Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.

Penyertaan di India bakal menjadi penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971 dengan pencapaian terbaik adalah meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Piala Dunia: Speedy Tigers Berputih Mata, Terlepas Aksi Suku Akhir Di Tangan Sepanyol

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Piala Dunia: Malaysia Rakam Kemenangan Sulung, Bergelut Atasi Chile

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Selamat Berjuang Speedy Tigers! - PM

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Brazil Umum 3 Hari Berkabung Susulan Kematian Pele

Sorotan

1

Penambakan Tanah Batu Puteh, Singapura Setuju Dengar Hujah Malaysia

2

Jaminan Makanan Untuk Singapura Tak Bermakna Hanya Eksport Ke Sana - Anwar

3

Pelantikan Nurul Izzah Ada Unsur Nepotisme Dan Langgar Prinsip Reformasi - CME

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

‘Lebih Ramai Akan Tinggalkan UMNO, Sertai Saya Masuk PKR’ - Zahidi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sidang Parlimen Harus Fokus Isu Perkasa Integriti, Lawan Rasuah – Kit Siang

oleh Aiman Sadiq

Semasa 8 jam yang lalu

Hutang Negara: Kita Perlu Bantuan, Nurul Izzah Lakukan Tanpa Gaji - Kulasegaran

oleh Susan Albert

Politik 1 hari yang lalu

Hishammuddin, Apakah Mengkhianati Parti Bukan Perbuatan Jahat? - Puad

oleh Sophia Ahmad