web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Se Young Kalahkan Juara Olimpik Di Venue Kegemaran

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 5:47PM

Se Young meraikan kejayaannya layak ke final terbuka Malaysia. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia terus menjadi gelanggang memburu kejuaraan buat pemain perseorangan wanita Korea Selatan An Se Young, yang semakin menghampiri gelaran kedua kejohanan Super 1000.

Pemain di ranking keempat dunia itu mengecewakan lawannya yang juga pemain kedua dunia Chen Yu Fei dari China 21-12, 19-21, 21-9 dalam pertarungan separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena  hari ini.

Setelah terikat 1-1, pemain berusia 20 tahun itu membuka aksi set penentuan dengan cemerlang mendahului 8-0, tidak langsung memberi peluang Yu Fei yang juga dalam misi memburu kejuaraan keempat Super 1000.

Ia adalah kemenangan kedua Se Young terhadap juara Olimpik Tokyo dalam 10 pertemuan mereka, dengan kali terakhir memenangi pertembungan di venue sama pada Masters Malaysia 2022, kejohanan Super 500, Julai lepas.

“Saya suka bermain di sini dan ini adalah stadium kegemaran saya. Sebab itu saya boleh kalahkan Yu Fei sekali lagi hari ini.

“Pada set pertama dan kedua, saya fokus kepada rally panjang. Saya bersedia untuk set ketiga dan ada stamina untuk terus bermain hingga akhir.

“Pada perlawanan akhir, saya akan berikan 100 peratus. Sasaran utama saya tahun ini, menikmati perlawanan tanpa kecederaan,” katanya Se Young yang meraih satu-satunya kemenangn kejohanan Super 1000 pada Terbuka Indonesia 2021 selepas menewaskan Intanon Ratchanok dari Thailand.

Se Young bakal berdepan saingan hebat dari Jepun Akane Yamaguchi pada pertembungan final esok.

Terdahulu, Yamaguchi mengenepikan juara tiga kali Terbuka Malaysia, Tai Tzu Ying dari Taiwan dengan 21-18, 21-16.

“Saya rasa boleh menang sebab bermain agak agresif menentang Tzu Ying. Berdepan Se Young akan lebih mencabar, dia seorang pemain yang hebat dan konsisten tapi saya akan berikan yang terbaik,” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain itu, Yamaguchi menang sembilan daripada 14 perlawanan membabitkan mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad