web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bapa Pendorong Kejayaan Badminton Liu Ying

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 2:44PM

Liu Ying berkata bapanya menjadi pendorong mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying menyifatkan sokongan tanpa berbelah bahagi daripada bapanya, Goh Chak Wee, 66, menjadi pendorong buatnya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Liu Ying, 33, yang kelihatan sebak selepas majlis persaraannya yang dianjurkan khas oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Axiata Arena, berkata bapanya mula membawa beliau ke dalam gelanggang badminton seawal usia tiga tahun untuk menanam rasa cinta terhadap sukan itu.

“Saya tidak akan berada di sini kalau beliau tiada. Ayah selalu cakap dekat saya kalau hantar pergi badminton dan nampak saya cedera, beliau pasti akan mempersoalkan sekiranya keputusan yang dibuat betul atau tidak.

“Saya tahu menjadi bapa, beliau ada perasaan susah hati (sekiranya saya cedera) jadi selepas bersara ini, bapa boleh lega dan tidak perlu risau pasal keadaan saya,” katanya kepada pemberita.

Cita-cita Chak Wee untuk menjadi pemain badminton tidak kesampaian kerana masalah kewangan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Cita-cita Chak Wee untuk menjadi pemain badminton tidak kesampaian kerana masalah kewangan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Atlet kelahiran Alor Gajah, Melaka itu turut memberitahu bapanya tidak menyangka mampu melihat anak sulung daripada tiga beradik itu diserap ke dalam skuad negara, sekali gus merangkul pingat perak temasya Sukan Olimpik Rio 2016 menerusi gandingan bersama Chan Peng Soon.

Bapanya, Chak Wee pula berkongsi perasaan sedih kerana tidak dapat melihat anaknya beraksi lagi di dalam gelanggang, namun gembira kerana tidak perlu melihat Liu Ying kesakitan akibat kecederaan yang dialami selepas ini.

“Ketika dia (Liu Ying) berusia tiga tahun saya sudah bawanya bersama-sama tonton Sukan Olimpik walaupun dia tidak faham masa itu, dan ketika saya bawanya ke gelanggang dia akan duduk diam sahaja di belakang saya.

“Sebelum dia masuk Sekolah Sukan Bukit Jalil, dia anak yang manja sebab sentiasa ikut saya berbanding dengan emaknya.

“Menjadi cita-cita saya untuk menjadi seorang pemain badminton, tetapi tidak berjaya kerana faktor kewangan, hendak beli raket pun tidak mampu, kita hanya pakai raket kayu. Jadi Liu Ying merealisasikan hasrat itu,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai perancangan masa depannya, Liu Ying bercadang untuk menganjurkan beberapa siri kejohanan bermula dengan pertandingan badminton buat pemain amatur muda dan veteran di sekitar Kuala Lumpur, sebelum melebarkan ke negeri-negeri lain.

Liu Ying bersama Peng Soon berjaya membawa pulang pingan perak Olimpik Rio. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Liu Ying bersama Peng Soon berjaya membawa pulang pingan perak Olimpik Rio. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Saya akan mula anjurkan lebih banyak pertandingan badminton, mungkin bukan hanya sukan badminton, tetapi akan bermula dengan badminton pada Februari, 3 vs 3 pada April dengan Astro. Hal ini kerana saya tahu rakyat Malaysia sangat sukakan badminton,” katanya.

Liu Ying, yang merupakan antara pemain beregu campuran terbaik pernah beraksi untuk negara, kembali berganding dengan Peng Soon pada Terbuka Malaysia kali ini, namun tewas 21-18, 15-21, 7-21 kepada gandingan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati pada pusingan pertama, Selasa lepas.

Aksi itu menjadi pengakhiran yang bermakna selepas beliau memulakan gandingan bersama Peng Soon 13 tahun lepas.

Selain pingat perak Sukan Olimpik, Liu Ying turut meraih pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa termasuk gangsa Komanwel 2018, dua pingat Sukan SEA, emas Kejohanan Asia 2010, perak All England 2017 dan perak Terbuka Indonesia 2018. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Masters Malaysia: Pearly-Thinaah Tersungkur Di Separuh Akhir 

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Arena Badminton Negara Berduka Pemergian Dr Abdullah Fadzil

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Misbun 'Laris' Terima 5 Tawaran Dari Luar Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad