web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Malaysia: Axelsen, Yamaguchi Mara Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 7:17AM

Viktor Axelsen memastikan beliau berada dalam laluan untuk mempertahankan kejuaraannya dengan menundukkan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018 Kenta Nishimoto dari Jepun - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan dunia, Viktor Axelsen dan Akane Yamaguchi masing-masing melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.  

Juara bertahan perseorangan lelaki,  Axelsen memastikan beliau berada dalam laluan untuk  mempertahankan kejuaraannya dengan menundukkan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018 Kenta Nishimoto dari Jepun  21-16, 21-12 dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Arena Axiata di sini hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu akan berhadapan satu lagi cabaran daripada pemain Jepun  Kanta Tsuneyama, yang mengejutkan pemain pilihan keenam kejohanan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 21-14, 21-16.

Axelsen yang turun ke gelanggang selepas berehat dua hari berikutan pemain veteran Malaysia, Liew Daren menarik diri daripada perlawanan pusingan kedua akibat kecederaan betis kanannya semalam, berkata beliau berada dalam keadaan cergas sepenuhnya untuk aksi hari ini.

“Keadaan sedikit berbeza buat saya hari ini, saya berehat dua hari, jadi secara fizikalnya saya rasa segar 100 peratus sementara Nishimoto saya rasa beliau agak keletihan selepas mengharungi tiga perlawanan yang mencabar.

Saya selalunya menghormati sepenuhnya lawan saya dan tiada bezanya esok. Diharap saya akan dapat mengekalkan momentum untuk satu lagi perlawanan yang mencabar,” kata juara Olimpik dan dunia itu kepada wartawan. 

Satu lagi perlawanan separuh akhir antara dua bintang meningkat naik - Kodai Naraoka dari Jepun dan Kunlavut Vitidsarn dari  Thailand.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita nombor satu dunia Yamaguchi menewaskan wakil Denmark Mia Blichfeldt , 21-12, 21-11 dalam perlawanan suku akhir hari ini untuk mara ke peringkat seterusnya.

Berhadapan wakil Taiwan, Tai Tzu Ying esok, Yamaguchi yang merupakan juara dunia tiga kali menjangkakan pertarungan sengit dengan pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu.“Beliau seroang pemain yang kuat dengan kemahiran dan pertahanan yang baik, jadi saya ada rancangan tersendiri untuk berhadapannya,” kata Yamaguchi sambil menambah ketiadaan juara bertahan Ratchanok Intanon dari Thailand tidak memberikan laluan mudah untuknya muncul juara kali ini.

Tzu Ying mara ke separuh akhir selepas menumpaskan rakan senegaranya Hsu Wen Chi 21-6, 21-8.

Pemain nombor dua dunia Chen Yu Fei dari China akan bertemu wakil Korea Selatan An Se Young dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Yu Fei menewaskan pemain Sepanyol  Carolina Marin 21-18, 21-19, sementara  Se Young mengalahkan  Wang Zhi Yi dari  China 21-17, 16-21, 21-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad