web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Malaysia: Tze Yong Hampir Singkir Naraoka

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 8:41PM

Ng Tze Yong bermula baik dengan kemenangan pada set pertama dan hampir mengesahkan kemenangan apabila mendahului 19-15 pada set kedua - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong hampir mengejutkan pemain ketujuh dunia, Kodai Naraoka untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia, namun pemain Jepun itu tampil lebih gah selepas pertarungan lebih 90 minit.

Beraksi pada pusingan kedua menentang pemain meningkat naik Jepun itu, Tze Yong, 22, tewas 21-15, 19-21, 21-15 di hadapan lebih 2,000 penyokong tanah air di Axiata Arena di sini.

Pemain di ranking ke-25 itu, bermula baik dengan kemenangan pada set pertama dan hampir mengesahkan kemenangan apabila mendahului 19-15 pada set kedua.

Namun, beliau kecundang apabila memberikan ruang kepada Naraoka untuk bangkit menyamakan kedudukan dan seterusnya meraih kemenangan pada set ketiga, yang lebih berpihak kepada Naraoka.

Keputusan itu menyaksikan Naraoka memperbaiki rekod pertemuan ke atas Tze Yong, apabila pernah menyingkirkan pemain Malaysia itu pada suku akhir Kejohanan Remaja Dunia 2018 di Kanada. 

Kodai Naraoka yang menyingkirkan wakil tuan rumah dan juga pemain nombor dua dunia, Lee Zii Jia 21-13, 17-21, 19-21 semalam, akan bertemu HS Prannoy dari India - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Kodai Naraoka yang menyingkirkan wakil tuan rumah dan juga pemain nombor dua dunia, Lee Zii Jia 21-13, 17-21, 19-21 semalam, akan bertemu HS Prannoy dari India - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Saya akui saya kalah...Ketika saya mendahului beliau main bagus, bukan saya buat kesilapan mudah, saya rasa ini pengajaran untuk saya. Beliau berjaya ubah strategi dan mungkin saya kurang fokus.

“Memang ada jurang antara saya dan Kodai, terutamanya dari segi pengalaman kejohanan. Saya harus sertai lebih banyak kejohanan untuk raih pengalaman dan kerja lebih keras,” kata Tze Yong selepas aksi itu.

Naraoka yang menyingkirkan wakil tuan rumah dan juga pemain nombor dua dunia, Lee Zii Jia 21-13, 17-21, 19-21 semalam, akan bertemu HS Prannoy dari India, yang mengatasi Chico Aura Wardoyo dari Indonesia 21-9, 15-21, 21-16 hari ini. 

“Saya tidak tahu sama ada bergelar juara (dalam Terbuka Malaysia) tetapi saya akan berjuang memenangi setiap perlawanan,” kata Kodai.

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad