web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID: Pemain Badminton Negara Kembali Jalani Latihan Hari Ini

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 8:12AM

BAM mengesahkan KKM telah beri lampu hijau kepada pemain untuk turun berlatih di ABM di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Pemain badminton negara akan kembali turun berlatih di gelanggang hari ini selepas lebih seminggu tidak berbuat demikian sejak 15 individu didapati positif COVID-19 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, di sini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan kebenaran latihan itu disambung semula.

Pendekatan latihan berasaskan kuarantin dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) akan dilaksanakan di pusat kecemerlangan badminton negara.  Ia akan membenarkan atlet kami kembali ke gelanggang dalam satu persekitaran yang terkawal dan selamat  seperti yang diarahkan pihak berkuasa kesihatan,” menurut BAM dalam satu kenyataan hari ini. 

BAM juga menzahirkan penghargaan kepada KKM, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara yang bekerja keras bagi memastikan program latihan badminton negara berjalan semula.

Enam pemain di ABM disahkan positif COVID-19 pada 17 April  dan pada 23 April BAM mendapati lapan lagi pemain pelapis disahkan positif jangkitan virus dalam saringan pada 20 April dan seorang lagi positif dalam saringan Sabtu lepas.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh ketika dihubungi berkata enam pemain dalam kumpulan pertama dijangkiti virus itu telah didiscaj daripada Pusat Kuarantin  dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan kembali ke  kediaman masing-masing.

Skuad badminton negara sedang dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo Julai ini, selain beberapa kejohanan seperti Terbuka Malaysia dari 25 hingga 30 Mei dan Terbuka Singapura dari 1 hingga 6 Jun untuk mendapatkan mata kelayakan ke temasya sukan dunia itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad