web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jurulatih Bola Tampar Mohon Maaf Secara Terbuka

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 9:10PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Jurulatih bola tampar yang terbabit dalam kontroversi menampar pemain seperti yang tular di media sosial sebelum ini memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya itu.

Saiful Hadee Amar, 44, yang kesal dengan perbuatannya berkata beliau sedia dan reda berdepan tindakan bakal diterima selepas insiden itu pada 16 Disember lepas di Johor.

“Saya tidak berniat untuk mengambil tindakan sehingga mendatangkan kecederaan… tindakan saya adalah untuk menaikkan lagi semangat mereka, memotivasikan mereka dalam setiap perjuangan yang saya ada.

“Saya memohon maaf pada semua pemain terutama sekali dua pemain yang terlibat, ibu bapa, kelab saya sendiri Mastanah dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) serta komuniti bola tampar di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka di Krubong hari ini.

Turut hadir Exco Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Melaka VP Shanmugam, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Pengarah MSN Melaka Asri Ninggal.

Sidang akhbar itu turut dihadiri ibu bapa dua pelajar terbabit iaitu Abd Halim Bakar, 50, dan isterinya, Hartini Wagimun, 48, serta Mohd Ismail Mohd Daud, 43, dan isteri, Rohayu Mohd Dahlan, 35.

Saiful Hadee berkata sesi latihan yang dikendalikan beliau sebelum ini turut menerapkan pelbagai jenis pendekatan termasuk psikologi, intensif dan fizikal dalam membentuk pemain pasukannya.

“Saya lakukan demi menaikkan semangat mereka sebagai seorang pemain yang berjuang bagi mencari setiap kemenangan ... pemain-pemain adalah keluarga dan sumber kekuatan saya, tanpa mereka saya tidak boleh menjadi jurulatih.

“Sedia dan reda dengan segala keputusan yang bakal dikenakan kepada saya. Saya harap perkara ini jadi pengajaran pada diri saya sendiri,” katanya.

Shanmugam pula berkata segala keputusan yang bakal diambil terhadap Saiful Hadee akan diputuskan oleh MAVA selepas siasatan persatuan itu bersama Kementerian Pendidikan (KPM) selesai.

Beliau berkata antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap Saiful Hadee ialah menggantung atau menamatkan perkhidmatannya sebagai jurulatih pasukan bola tampar Melaka B-14 (Wanita) itu.

“Meskipun permohonan maaf dan persefahaman antara kedua pihak iaitu jurulatih dan ibu bapa telah diselesaikan namun isu ini perlu diteliti dengan sewajarnya kerana telah mendapat perhatian pelbagai pihak.

“Kedudukan jurulatih ini terbahagi kepada beberapa perkara, pertamanya ialah siasatan pihak kerajaan negeri kerana penularan ini. Keduanya, beliau berkhidmat dengan KPM maka Unit Integriti mereka akan membuat siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan jurulatih itu bertindak menampar dua pemain ketika membimbing pasukan Melaka dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun.

Kejadian itu mengundang reaksi pelbagai pihak antaranya Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang mahu perkara tersebut diambil tindakan sewajarnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek