web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tze Yong Kini Di Ranking Ke-25 Dunia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 9:31AM

Ng Tze Yong - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, melonjak naik tiga anak tangga dengan menduduki ranking ke-25 dunia.

Prestasi Tze Yong mencatatkan peningkatan tahun lalu selepas dia berjaya mencapai sasarannya untuk menembusi kelompok 30 teratas pada hujung 2022, dengan menduduki ranking ke-28 dunia.

Pemain berusia 22 tahun itu ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia semalam berkata, dia gembira dengan peningkatan prestasi terutama staminanya.

“Saya perasan beberapa perubahan dalam diri saya. Stamina saya semakin meningkat.

“Tetapi saya juga perlu memberi perhatian terhadap prestasi saya pada aksi akan datang, terutamanya pada Terbuka Malaysia kerana ia akan menjadi kejohanan terbesar saya,” katanya.

Anak jati Johor itu akan membuat penampilan sulung pada Terbuka Malaysia yang akan berlangsung pada 10 hingga 15 Januari di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kejohanan itu akan menjadi salah satu daripada empat acara bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 1000, termasuk All England, Terbuka Indonesia dan Terbuka China.

Pada tahun ini, Tze Yong berazam untuk menduduki ranking 20 pemain terbaik dunia.

“Ya, sasaran saya lebih tinggi sekarang. Saya ingin mencapai lebih banyak lagi. Tahun ini saya ingin melonjak lebih tinggi dan menduduki kelompok 20 teratas (dunia).

“Saya teruja untuk beraksi pada Terbuka Malaysia. Saya akan buat yang terbaik.

“Saya rasa semua kejohanan yang saya sertai sukar. Saya berjanji akan berusaha dan memberikan fokus terbaik,” katanya.

Tze Yong bakal berdepan pemain ranking ke-28 dunia, Nhat Nguyen dari Ireland pada pusingan pembukaan, manakala pemain nombor dua dunia dan bekas rakan sepasukannya, Lee Zii Jia akan menentang pemain Jepun yang sedang meningkat naik, Kodai Naraoka.

Jika kedua-dua pemain itu melepasi pusingan pembukaan, ia akan menjadi perlawanan derby (tempatan) pada pusingan 16. – The Vibes, 4 Januari, 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad