web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 55,000 Banjiri Bukit Jalil Untuk Aksi Harimau Malaya-Singapura

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 8:09PM

Semangat penyokong Harimau Malaya jelas membara apabila lebih 55,000 tiket terjual bagi aksi terakhir Kumpulan B, menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semangat penyokong Harimau Malaya jelas membara apabila lebih 55,000 tiket telah terjual bagi aksi terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan sebanyak 56,742 tiket berjaya disambar peminat bagi aksi ‘Derbi Seberang Tambak’  setakat jam 5 petang ini, sekali gus melepasi rekod kehadiran 29,961 penonton ketika Malaysia membelasah Laos 3-0 di gelanggang keramat tersebut, 24 Dis lalu.

Tinjauan Bernama mendapati walaupun hujan lebat mulai jam 5 petang tadi, bahang perlawanan ‘hidup mati’ skuad kebangsaan semakin dirasai menjelang sepak mula jam 8.30 malam ini sehingga menyaksikan peminat bersesak untuk berteduh di ruang pejalan kaki sebelum memasuki stadium yang mula dibuka 4 jam petang.

Bagi pelajar universiti awam, Mohamad Syahin Masrizal, 20, beliau mengharapkan agar hujan bakal membawa rahmat kepada pasukan bimbingan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon untuk mengatasi Singapura dan seterusnya mara ke separuh akhir.

“Kalau ikut cuaca macam ini, permainan kedua-dua pasukan akan perlahan dan kurang rancak, tapi saya rasa Malaysia menang 2-0 dengan kedua-dua gol dijaringkan pemain sayap, Mohamad Faisal Abdul Halim,” katanya ketika ditemui Bernama.

Dalam pada itu, eksekutif pemasaran, Ahmad Mustaqim Mustafa, 41, sanggup hadir terus ke stadium dari tempat kerja bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

“Saya tak sempat tukar baju, terus ke stadium, nasib baik tak hujan ketika dalam perjalanan tadi,” katanya.

Pekerja restoran, yang hanya mahu dikenali sebagai Arbi, 24, pula memanfaatkan cuti awal tahun untuk menonton Harimau Malaya buat kali kedua di sini, selepas berbuat demikian ketika pasukan negara menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia 2023 selepas mengatasi Bangladesh, 4-1, dalam peringkat kelayakan Jun lepas.

“Kebetulan cuti hari ini, saya pun tanpa fikir panjang terus beli tiket semalam. Saya doakan Malaysia menang 2-1 menentang Singapura,” katanya.

Singapura, juara empat kali dan hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke separuh akhir, kini mempunyai kelebihan satu mata di kedudukan kedua Kumpulan B manakala Malaysia ketiga dengan mengumpul enam mata.

Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan pendahulu Vietnam, melayan kunjungan Myanmar di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad