web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kami Sudah Maafkan Jurulatih Berkenaan - Bapa

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 4:56PM

Bapa pelajar tersebut menganggap tindakan itu tidak keterlaluan dan tidak menjejaskan psikologi anaknya. - Gambar tangkap layar video di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Bapa kepada salah seorang pelajar perempuan yang ditampar jurulatih dalam satu insiden di kejohanan bola tampar di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini telah memaafkan perbuatan lelaki itu dan berharap dia tidak dikenakan sebarang tindakan.

Meskipun kejadian itu mendapat perhatian netizen yang mengecam perbuatan berkenaan, namun Abd Halim  Bakar, 50, menganggap tindakan itu tidak keterlaluan serta tidak meninggalkan sebarang kesan psikologi ke atas anaknya.

Sebaliknya beliau melihat kelakuan jurulatih itu sebagai pembakar semangat kepada anaknya untuk beraksi dengan lebih baik pada perlawanan itu dan tindakannya bukan bertujuan mencederakan.

"Sehubungan itu saya mohon Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mengambil tindakan memandangkan kami telah memaafkan guru sukan (jurulatih) itu. 

"Untuk netizen pula, kami minta hentikan semua kecaman kerana saya pun tidak anggap ia serius dan tiada kecederaan yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di  Kampung Melekek, di sini hari ini.

Beliau juga tidak menyangka kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) yang bertindak menggantung tugas jurulatih berkenaan.

Mengulas lanjut Abd Halim memaklumkan keluarganya sudah mengenali lelaki itu lebih lima tahun dan berharap beliau dikekalkan berdasarkan kemampuan dan dedikasi jurulatih berkenaan melatih pasukan anaknya.

"Kami harap pihak terlibat dapat memberi peluang kepadanya dengan mengambil kira jasa dan bakti yang dicurahkannya dalam sukan bola tampar. Saya percaya tindakan tidak lebih seperti 'mengejutkan orang dari tidur', untuk naikkan semangat," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan status jurulatih berkenaan yang sebelum ini digantung sementara oleh MAVA, akan ditentukan esok selepas siasatan lanjut dilakukan. 

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, VP Shanmugam berkata hal itu perlu memandangkan jurulatih yang dilantik untuk membawa pasukan ini adalah di bawah kuasa Persatuan Bola Tampar Melaka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad