web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: Malaysia Azam Buru Kemenangan Berdepan Singapura

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 4:27PM

Mohamad Faisal berkata Malaysia mempunyai masa yang cukup untuk ‘berehat’ dan membuat persediaan rapi untuk berdepan dengan Singapura. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Skuad Harimau Malaya kembali melaungkan amaran untuk bangkit memburu kemenangan berdepan Singapura pada aksi terakhir Kumpulan B kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Selasa depan.

Kapten pasukan negara Mohamad Faisal Abdul Halim berkata mereka mempunyai masa yang cukup untuk ‘berehat’ dan membuat persediaan rapi selepas mengharungi jadual padat apabila beraksi tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari termasuk dua aksi di tempat lawan.

“Sudah tentu lawan Singapura kita akan bagi habis-habisan, kita ada seminggu untuk rehat dan menjalani proses pemulihan bagi kembalikan kita punya moral dan mental.

“Kami ingin buat jurulatih Kim (Kim Pan Gon) gembira semula ... sudah tentu dia datang sini untuk menang dan kami pun sama kerana sudah lapan tahun Malaysia tak menang lawan Vietnam dan kita ingin buat perubahan,” katanya ketika ditemui selepas aksi menentang Vietnam di sini, semalam.

Pada pertembungan di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam menang 3-0 hasil jaringan Nguyen Tien Linh, Que Ngoc Hai (penalti) dan Nguyen Hoang Duc sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah berdepan Malaysia sejak 2014.

Keputusan itu membolehkan skuad Golden Star Warriors mendahului saingan Kumpulan B dengan mengumpul enam mata selepas dua perlawanan manakala Malaysia mengalami kekalahan pertama dalam kempen Piala AFF kali ini.

Malaysia yang telah beraksi tiga perlawanan berada di tempat kedua dengan turut mengumpul enam mata diikuti Singapura yang baru mengharungi dua perlawanan di tempat ketiga (enam mata) manakala Myanmar dan Laos tercorot selepas gagal mengutip sebarang mata.

Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon akan bertemu Singapura pada aksi ‘hidup-mati’ di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 3 Januari depan, namun Singapura terlebih dahulu akan menerima kunjungan Vietnam di Stadium Jalan Besar, Jumaat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan