web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Pemenang Pingat Angkat Berat SUKMA Ke-20 Positif Doping

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 9:49PM

Ayub Rahmat berkata kedua-dua atlet lelaki itu merupakan atlet salah satu daripada dua negeri yang dicadangkan untuk digantung persekutuan daripada menyertai temasya sukan dwitahunan itu - Gambar Hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua pemenang pingat acara angkat berat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 disahkan positif bahan terlarang jenis ‘anabolic androgenic steroid’ oleh Agensi Anti-Dadah Malaysia (Adamas).

Tanpa menyatakan warna pingat yang dimenangi, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat berkata kedua-dua atlet lelaki itu merupakan atlet salah satu daripada dua negeri yang dicadangkan untuk digantung persekutuan daripada menyertai temasya sukan dwitahunan itu.

“PABM menerima keputusan doping tersebut menerusi surat daripada Adamas yang bertarikh 23 Disember lepas. Kedua-dua mereka didapati positif doping steroid yang diklasifikasikan sebagai S1 dalam senarai bahan terlarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

“Adamas juga sudahpun menghantar surat kepada dua atlet berkenaan, yang mana mereka mempunyai 14 hari untuk membuka sampel B sebelum 10 Januari tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. 

Ayub berkata sekiranya kedua-dua atlet itu membuat keputusan membuka Sampel B, ia perlulah ditanggung sendiri dengan kos US$350 dengan bantuan makmal di Doha, Qatar, dengan kehadiran atlet atau wakil atlet itu sendiri.

Sekiranya mereka tidak bercadang mencabar keputusan Adamas menerusi Sampel B, Ayub berkata Adamas seterusnya akan menetapkan tarikh untuk kedua-dua atlet berkenaan memberikan penjelasan.

“Kedua-dua mereka kini digantung sementara. (Bagaimanapun) hukuman maksimum kepada atlet (bagi kesalahan ini) adalah penggantungan empat tahun.

“PABM memandang serius kes doping dalam sukan angkat berat terutamanya dalam konteks pembangunan sukan ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa PABM tidak melibatkan diri daripada mengendalikan Sukma edisi ke-20 itu kerana penganjur membenarkan dua negeri yang terlibat doping menyertai temasya tersebut sekali gus tidak menghormati keputusan PABM.

Dalam nada kecewa, Ayub berkata meskipun Sukma itu berlangsung, ia tidak diiktiraf oleh PABM kerana penganjur tidak bersetuju dengan pendirian pihaknya itu.

Sebelum ini, tiga atlet angkat berat -- dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis, gagal ujian doping beberapa hari sebelum temasya sukan itu bermula.

Susulan insiden itu, PABM telah menarik diri daripada Sukma berkenaan, selepas penganjur membenarkan dua negeri tersebut menyertai temasya itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad