web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bintang Bola Keranjang Kyrie Irving Membiasakan Diri Berpuasa

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 12:07PM

Irving bersyukur dapat berpuasa di bulan Ramadan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pada Jumaat lepas bintang Brooklyn Nets, Kyrie Irving, membincangkan satu perkara yang jarang beliau bincangkan, kehidupan peribadinya.

Di sidang media selepas membantu pasukannya mengalahkan Boston Celtis 109-104, Irving mendedahkan yang beliau telah memeluk Islam dan sedang berpuasa di bulan Ramadan, lapor Yahoo Sport.

“Ya saya sedang berpuasa bersama dengan Muslimin dan Muslimah yang lain.

“Saya sedang membiasakan diri dengan pengalaman baharu ini.

“Saya gembira menjadi sebahagian daripada komuniti ini dan melakukan perkara yang betul. Dan berpuasa di bulan Ramadan adalah sebahagian daripadanya.

“Saya berasa diberkati dan bersyukur dapat mengambil bahagian dalam perkara ini,” katanya.

Selain berkata yang beliau sedang menyesuaikan diri dengan berpuasa Irving tidak mengulas dengan lanjut tentang perkara itu.

Satu penyesuaian memang diperlukan buat seorang atlet yang baru berpuasa kerana bergantung kepada waktu permainan berlangsung, Irving tidak boleh makan atau minum sebelum perlawanan dan mungkin juga semasa sedang beraksi.

Ini adalah kali pertama Irving, 29, berbincang tentang Islam secara terbuka.

Beliau pernah merujuk kepada perkara tersebut di media sosial tetapi ia seperti kurang jelas.

Hanya pada 9 April bila beliau menjawab satu ciapan mengucapkan selamat berpuasa di Twitter ia menjadi jelas yang beliau sudah memeluk Islam. - Getaran, 25 April 2021

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad