web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terengganu Kejutkan JDT, Calar Rekod Tanpa Kalah

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 8:37AM

Pemain-pemain Terengganu FC meraikan kejayaan mereka menumpaskan JDT. - Gambar dari Terengganu FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara Liga Super sebanyak tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) dikejutkan dengan kekalahan tipis 0-1 di tangan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.

Pemain tengah berusia 21 tahun, Mohamad Hakimi Abdullah muncul wira skuad Penyu apabila berjaya menghukum kesilapan pemain pertahanan JDT pada minit ke-57 untuk gol kemenangan pasukan itu.

Kali terakhir TFC mencatatkan kemenangan ke atas JDT adalah ketika kempen Piala Malaysia pada Oktober 2018, manakala pertemuan selepas itu menyaksikan keputusan terikat sebanyak tiga kali dan JDT menang sebanyak tiga kali.

Keputusan itu juga mencalar rekod tanpa kalah JDT, yang belum tewas dalam sembilan perlawanan Liga Super musim ini, selepas kali terakhir tewas dalam aksi liga pada Julai 2019 di tangan Petaling Jaya (PJ) City FC dengan keputusan 1-0.

JDT bagaimanapun kekal di persada Liga Super dengan 23 mata daripada 10 perlawanan, diikuti TFC (21 mata) dan Kedah Darul Aman FC (20 mata).

Sementara itu, Penang FC terus menambah derita buat Sri Pahang FC apabila membenam skuad Tok Gajah 3-0 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Skuad Harimau Kumbang mempamerkan kekuasaan apabila menjaringkan gol menerusi pemain import dari Brazil Endrick Dos Santos pada minit ke-11 dan Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-26.

Skuad kendalian Tomas Trucha yang terus melakukan serangan bertali arus menambah jaringan menerusi tandukan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew pada masa kecederaan (90+1) untuk kekal di tempat keempat dengan 19 mata.

Jaringan tunggal M. Tamilmaran pada minit ke-81 membantu PJ City FC mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot liga, UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Saingan Liga Premier pula menyaksikan Negeri Sembilan FC kekal di tangga teratas selepas berjaya mengikat pencabar terdekat, Sarawak United 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Skuad kendalian E. Elavarasan membuka jaringan seawal minit pertama menerusi Muhammad Gopi Rizqi Ramachandra, namun Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan Menerusi Alain Thierry Akono pada minit ke-61.

Kelantan United berjaya mengatasi Kuching City FC 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, manakala TFC II mengikat Selangor FC 2 dengan keputusan 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Negeri Sembilan berada di puncak dengan 18 mata selepas sembilan perlawanan setakat ini, diikuti Sarawak United yang mempunyai satu perlawanan di tangan dengan 17 mata dan Kelantan United dengan 16 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad