web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhammad Azeem Ke Amerika Syarikat Berbekalkan ‘Mentaliti Juara’ 

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 12:31PM

Muhammad Azeem akan berangkat pada 1 Januari ke Universiti Auburn. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi akan ke Amerika Syarikat (AS) dengan berbekalkan semangat dan mentaliti juara bagi memastikan beliau kekal fokus serta bertahan untuk mencapai misinya sepanjang empat tahun menyambung pengajian di negara itu.

Raja pecut Sukan Malaysia (SUKMA) berusia 18 tahun dari Perak yang akan berangkat pada 1 Januari depan ke Universiti Auburn, Alabama di Amerika Syarikat itu mahu memastikan pengorbanan zaman mudanya bertungkus lumus menempa nama dalam arena olahraga berbaloi.

“Saya rasa tidak jadi masalah sebab universiti juga sudah janji untuk menjaga segala kebajikan sepanjang di AS, selain berkemungkinan akan diberikan peluang untuk pulang ke tanah air sekali setahun untuk tempoh panjang iaitu satu bulan. 

“Tahun ini sudah banyak pengorbanan saya lakukan seperti tidak sambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama ahli keluarga, jadi saya mahu pastikan segala pengorbanan ini berbaloi. Mungkin akan ada beberapa halangan di sana (AS) namun semangat saya untuk menjadi juara lebih besar,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman barisan atlet negara yang tercalon dalam Top 5 kategori Anugerah Ikon Sukan (AIS) di Hotel Le Meridien di sini semalam.  

Dalam pada itu, Muhammad Azeem berkata beliau berpuas hati dan bangga dengan pencapaiannya sepanjang menggalas cabaran Malaysia ketika menyertai kejohanan di dalam dan luar negara, namun tidak mahu selesa dalam kedudukannya kini.

“Saya berpuas hati dengan pencapaian musim ini dan bersemangat untuk tahun hadapan. Insya-Allah akan cuba yang terbaik untuk menjadi atlet Malaysia pertama mencatat rekod larian di bawah 10 saat (s) dan layak ke acara 100 meter (m) Sukan Olimpik.

“Empat tahun di sana bukanlah lama bagi saya kerana ada sasaran tersendiri. Sasaran pertama saya ialah layak ke Kejohanan Dunia agar dapat layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, namun perlu pastikan saya berlari bawah 10s,” katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat di Ipoh itu meraih keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berjaya menduduki tempat kelima dalam acara 100m semasa Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada Ogos lepas.

Seterusnya, beliau mencipta kejutan memecahkan rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09 saat (s) (dalam saringan) di Cali, memadam rekod lama 10.18s yang dilakar bekas jaguh pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelari Pecut Sensasi Malaysia Raih Gangsa 100m Sukan Asia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

NADMA Terima Aset Perubatan FAST Bernilai RM6 Juta

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Legenda Olahraga Negara, Hanapiah Nasir Meninggal Dunia

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Twitter Berdepan Saman AS$250 Juta Daripada 17 Penerbit Muzik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad