Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelari Pecut Sensasi Malaysia Raih Gangsa 100m Sukan Asia

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Oct 2023 8:04AM

Muhammad Azeem Mohd Fahmi meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki di Stadium Olimpik Hangzhou di sini, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Pelari pecut sensasi Malaysia Muhammad Azeem Mohd Fahmi mempamerkan larian hebat untuk meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki di Stadium Olimpik  Hangzhou di sini, malam tadi. 

Pencapaian Muhammad Azeem memenangi pingat sulungnya di peringkat antarabangsa juga menoktahkan penantian lebih empat dekad negara untuk penyudah podium dalam acara utama atau reben biru sejak Datuk Rabuan Pit memperoleh emas dalam edisi 1982 di New Delhi, India.

Pelari berusia 19 tahun itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11 saat (s), hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya, iaitu 10.09s yang dicipta semasa Kejohanan Olahraga Dunia Bawah-20 di Cali, Colombia.  

Atlet China, Xie Zhenye menyamai rekod peribadi terbaiknya iaitu 9.97s untuk memperoleh emas, sementara wakil Thailand Puripol Boonson juga melakukanya dengan baik dengan masa 10.02s untuk perak selepas rakan senegara Soraoat Dapbang terdahulu tersingkir kerana mula palsu.

“Sejujurnya, saya tidak menjangka akan berada di atas podium malam ini kerana saya tahu ia akan menjadi perlumbaan yang sengit. Semua finalis lari bawah catatan masa 10.20s, ini sebenarnya satu daripada perlumbaan terpantas di Sukan Asia kerana setiap orang layak ke final dengan rekod musim dan peribadi terbaik mereka. 

"Pingat malam ini sangat bermakna bagi saya, walaupun ianya gangsa...ini adalah hadiah kepada ibu bapa saya (Mohd Fahmi Tajuid and Norazah Ibrahim), di mana saya berjanji akan cuba sehabis baik untuk sampaikan pingat kepada mereka kerana ini pertandingan terakhir saya bagi tahun ini.

"Alhamdulillah, saya dapat kotakan janji saya. Ini adalah penutup terbaik musim ini,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan itu. 

Selepas mengecapi kejayaan sulungnya malam ini, Muhammad Azeem yang bertanding di temasya sukan benua ini buat julung kalinya akan bertanding dalam acara lari berganti-ganti 4x100m Selasa ini.

Muhammad Azeem mara ke final 100m lelaki selepas mencatat masa 10.17s dalam separuh akhir pertama di belakang Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia yang mencatat 10.12s.

Sementara itu, bekas pemegang rekod kebangsaan 100m dan Juara Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan terlepas peluang ke final selepas menamatkan separuh akhir kedua di tempat terakhir dengan masa 10.63s.  

Pelari pecut terakhir Malaysia yang layak ke final 100m Sukan Asia adalah Watson Nyambek 25 tahun lalu, yang menduduki tempat keempat dengan masa 10.32s dalam edisi 1998 di Bangkok, Thailand.

Terdahulu, ratu trek negara Shereen Samson Vallabouy mengakhiri kemarau pingat Malaysia dalam olahraga selama 17 tahun dengan menyumbang gangsa dalam acara 400m wanita. 

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam Sukan Asia adalah pada edisi 2006 di Doha, Qatar menerusi Roslinda Samsu yang menyumbang perak dalam acara lompat bergalah dan gangsa diperoleh Noraseela Mohd Khalid dalam 400m lari berpagar wanita. 

Dalam perkembangan lain, Jackie Wong menduduki tempat ke-11 daripada 13 peserta dalam baling tukul besi lelaki dengan balingan sejauh 62.79m berbanding rekod kebangsaan diciptanya pada jarak 68.22m.

Atlet lompat jauh negara, Andre Anura Anuar gagal ke final selepas hanya menduduki tempat ke-19 keseluruhan daripada 20 peserta dalam separuh akhir dengan lompatan 6.71m, tidak sebaik rekod kebangsaan beliau pada 8.02m. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 bulan yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Thailand Ranap Misi Malaysia Pertahan Emas Antara Regu Lelaki

3

Sukan 6 bulan yang lalu

ASIAD: Karate Teruskan Kutipan Pingat Kontinjen Malaysia

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Muhammad Azeem, Sheeren Terima Insentif Dari Kerajaan Perak

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Sukan 3 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 21 jam yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin