web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Speedy Tigers Tumpas 4-0 Kepada Korea Selatan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 6:41AM

Korea Selatan menebus kekecewaan ditumpaskan Malaysia di final Piala Sultan Azlan Shah 2022. - Gambar ihsan FIH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan saingan Piala Negara-Negara 2022 di Afrika Selatan, dalam episod duka apabila tumpas 4-0 kepada Korea Selatan pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat semalam.

Pada aksi di Stadium NWU Astro, Potchefstroom itu, Korea Selatan memperoleh kedudukan selesa pada suku kedua permainan menerusi jaringan padang Seo Inwoo pada minit ke-22 dan Lee Namyong empat minit kemudian.

Korea Selatan yang sebelum ini mengatasi Malaysia 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Isnin lepas, terus menambah derita skuad ‘Speedy Tigers’ menerusi pukulan sudut penalti Hwang Taeil pada minit ke-39, sebelum Jang Jonghyun melengkapkan kemenangan pasukannya pada minit ke-59.

Kemenangan Korea Selatan itu sekali gus menebus kekecewaan mereka selepas tumpas 3-2 kepada Malaysia pada final Piala Sultan Azlan Shah 2022, baru-baru ini.

Pada kejohanan ini, skuad kendalian A Arul Selvaraj mara ke peringkat empat terakhir selepas menewaskan Kanada 1-0 dan Jepun 5-1 pada aksi kumpulan, namun tewas 3-0 kepada Ireland pada peringkat separuh akhir kelmarin.

Arul Selvaraj berkata kecederaan tujuh pemain utamanya menyebabkan pasukan bergelut pada kejohanan itu, sekali gus terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keempat.

“Walaupun tewas, pemain telah cuba sedaya upaya. Namun, nampak kekurangan power dalam badan, dari segi kaki dan sebagainya … sudah tentu disebabkan kekurangan pemain untuk kita buat pertukaran.

“Kelemahan agak ketara dari segi dua, tiga muka baharu yang masuk selepas kita hilang tujuh core players dalam kejohanan ini. Itu buat kita agak susah untuk kekal rentak di peringkat ini.

“Namun secara keseluruhan bagus untuk pemain-pemain baharu dapatkan minit permainan,” katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media.

Beliau berkata selepas pulang ke tanah air, anak buahnya akan diberikan rehat selama seminggu sebelum memulakan persiapan terakhir ke Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India bermula 13 hingga 29 Januari depan.

Bagi pemain yang cedera, Arul Selvaraj berkata mereka perlu mengikuti proses rehabilitasi supaya dapat menyertai pasukan secepat mungkin.

Sementara itu, tuan rumah Afrika Selatan muncul juara selepas menewaskan Ireland 4-3 pada aksi final, sekali gus meraih tiket ke Liga Pro FIH 2023-2024. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Shuhaily Kenang Jasa Paramalingam, Hoki Bentuk Disiplinnya

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 2 - 5, Malaysia Muncul Naib Juara Piala Dunia Hoki 5S

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Speedy Tigers Catat Kedudukan 5 Terbaik Di Kelayakan Olimpik

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Mirnawan 2023 : Platform Cari Pemain Ke Piala Dunia Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad