web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jepun, Sepanyol Mara, Jerman Tersungkur Di Peringkat Kumpulan Buat Kali Kedua

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 1:15PM

Pemain Jepun meraikan kejayaan menumpaskan Sepanyol selepas tamat perlawanan. - Gambar dari Twitter FIFA World Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Jepun mencipta kejutan dengan menewaskan Sepanyol 2-1 dalam perlawanan Kumpulan E pada Khamis, tetapi kedua-dua pasukan layak ke Pusingan 16 Piala Dunia FIFA 2022.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa menyaksikan Sergio Busquets terlepas peluang untuk menjaringkan gol buat Sepanyol pada minit keenam.

Pada minit kesembilan percubaan Alvaro Morata berjaya diselamatkan penjaga gol Jepun Shuichi Gonda namun, dua minit kemudian Morata berjaya membolosi gawang lawan menerusi tandukan sekali gus membolehkan Sepanyol mendahului 1-0.

Sepanyol cuba menambah jaringan menerusi rembatan pemain sayap Sepanyol Nico Williams pada minit ke-46 tetapi tersasar dan kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua perlawanan Jepun menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ritsu Doan pada minit ke-48.

Tiga minit kemudian Sepanyol dikejutkan dengan jaringan pemain tengah Jepun Ao Tanaka.

Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat dan kemenangan itu membolehkan Jepun mengungguli Kumpulan E dengan enam mata.

Sepanyol di kedudukan kedua dengan mengumpul empat mata turut mara ke Pusingan 16 manakala bekas juara Jerman yang berkongsi mata menduduki tempat ketiga tetapi tersingkir berikutan perbezaan gol.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E, bekas juara dunia Jerman tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2022 meskipun menang ke atas Costa Rica 4-2 pada Khamis di Stadium Al Bayt, Qatar.

Juara 2014 itu terpaksa meninggalkan pentas Piala Dunia selepas tersingkir hanya dengan perbezaan jaringan, lapor Agensi Anadolu.

Jerman menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan E dengan memperoleh empat mata, kurang satu berbanding Sepanyol.

Dalam perlawanan bertemu Costa Rica, Jerman mendahului seawal minit ke-10 menerusi tandukan Serge Gnabry menewaskan penjaga gol Keylor Navas.

Pada minit ke-58 Costa Rica menyamakan kedudukan apabila Yeltsin Tejeda membolosi gol lawan dan menewaskan penjaga gawang Manuel Neuer.

Costa Rica mendahului pada minit ke-70 apabila Juan Pablo Vargas menjaringkan gol hasil rembatan dari jarak dekat.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain Jerman Kai Havertz berjaya menyamakan  kedudukan 2-2 beberapa minit kemudian.

Jerman terus mengasak dan berhasil membuahkan jaringan pada minit ke-85 hasil tendangan Havertz Berjaya sebelum penyerang Niclas Fullkrug menyumbat gol keempat.

Aksi cemerlang Jerman gagal membawa pasukan itu ke pusingan seterusnya dan kekecewaan yang sama pernah dialami pada kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

3

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi