web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Esteban Solari Dilantik Kendali JDT Musim Depan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 4:00PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bekas penyerang Argentina Esteban Solari dilantik sebagai ketua jurulatih kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam usaha memantapkan lagi pasukan senior, musim hadapan.

Mengumumkan perkara itu, pemilik kelab JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah Solari yang kini pembantu jurulatih pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) Argentina bersetuju untuk bersama-sama dengan JDT.

“Saya secara peribadi mengagumi dan telah mengenali beliau beberapa tahun. Beliau kini berada dalam skuad B-23 Tahun Argentina bersama Javier Mascherano.

“Beliau juga menerima tawaran daripada beberapa kelab seperti River Plate dan skuad remaja Argentina. Saya berjaya meyakinkan beliau untuk bersama kami bagi meneruskan projek pembangunan kelab JDT,” titah baginda dalam satu wawancara yang dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers, Rabu.

Tunku Ismail bertitah Hector Bidoglio pula akan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Teknikal JDT, menggantikan Alistair Edwards yang kini menggalas tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab berkenaan.

Antara strategi bagi menghadapi saingan musim hadapan, Tunku Ismail bertitah kelab itu juga akan membawa masuk tiga pemain import dalam usaha untuk memantapkan lagi barisan hadapan pasukan tersebut.

Baginda bertitah perbincangan untuk membawa masuk seorang penyerang Brazil dan dua pemain Sepanyol kini sudah mencapai 80 peratus.

“Kami akan mendapatkan satu pemain tengah dari Sepanyol untuk ‘back up’ Leandro Velasquez. 

“Kami juga akan mendapatkan khidmat pemain pertahanan kiri, juga dari Sepanyol, yang boleh bermain di beberapa posisi seperti sayap kiri,  sayap kanan ataupun penyerang. Pada masa yang sama, seorang lagi penyerang dari Brazil,” titah Tunku Ismail.

Jelas Tunku Ismail, selain mendapatkan khidmat pemain import berkenaan, pihaknya juga akan mendapatkan seorang pemain tempatan selain menyenaraikan beberapa pemain muda yang dinaikkan pangkat daripada pasukan JDT II.

“Kita akan masukkan tiga atau empat pemain yang bermain di JDT II tahun ini ke pasukan utama JDT pada musim hadapan,” titah baginda.

Tunku Ismail menjelaskan keutamaan JDT adalah untuk menilai seberapa jauh pasukan itu boleh mara dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selain mengetengahkan pemain muda dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu OKU Diserang Mahukan Keadilan, Kata Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pihak Berkuasa Digesa Siasat, Tindakan Menyalahi Undang-Undang Tidak Dibenarkan - Tunku Ismail

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Neymar Akan Jalani Pembedahan Selepas Cedera ACL

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar