web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4,000 Penyokong JDT Bakal Gamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil Malam Ini

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 2:03PM

Sebahagian penyokong JDT bersorak semangat ketika menaiki bas bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia antara JDT dan Selangor FC di Stadium Larkin hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kira-kira 100 bas yang dianggarkan membawa 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dari seluruh daerah berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Selangor, malam ini.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT, Mohd Fadzli Sapie berkata kelab penyokong itu menyediakan 15 bas untuk membawa penyokong dari Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Larkin, di sini yang berlepas, 8 pagi tadi.

"Selain di Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos) terdapat banyak lagi bas dari  gabungan kelab lain dan juga Boys of Straits yang akan sama-sama ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kami telah sampaikan taklimat kepada penyokong terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah di sana nanti," katanya kepada pemberita di pekarangan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, di sini hari ini.

Sementara itu, rata-rata penyokong tegar JDT yang ditemui yakin pasukan kesayangan mereka akan membawa pulang Piala Malaysia ke selatan tanah air tahun ini.

Kamariah A. Kadir, 47, yang tiba seawal pukul 6.30 pagi berkata beliau menjangkakan skuad bimbingan Hector Bidoglio mampu menang sekurang-kurangnya 2-1 serta berharap tiada provokasi akan dicetuskan oleh mana-mana pihak malam ini.

Senada dengan itu, Awang Lazaman, 69, berharap kemenangan akan berpihak kepada JDT memandangkan rekod baik pasukan itu ke atas The Red Giants.

"Saya yakin kita tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana rekod JDT lawan Selangor pun baik jadi peluang tu ada," katanya.

JDT juara Piala Malaysia 2017 dan 2019, kecewa pada saingan akhir 2021 apabila tewas 2-0 kepada Kuala Lumpur City FC manakala Selangor, pemegang rekod kejuaraan sebanyak 33 kali, terakhir mara ke final pada Piala Malaysia 2016 apabila tewas kepada Kedah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam