web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: Selangor Mara Ke Final Bertemu JDT

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 7:10AM

Barisan pemain dan pengurusan Selangor FC meraikan kejayaan apabila mara ke Akhir Piala Malaysia 2022 selepas menundukkan Terengganu FC dengan agregat 3-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Selangor FC berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan keputusan agregat 3-2 selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 dalam aksi separuh akhir kedua penuh dramatik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, malam ini.

Selangor FC akan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final.

Pada babak pertama perlawanan menyaksikan dominasi oleh tuan rumah yang terlebih dahulu melakukan percubaan menerusi kapten pasukannya, Kipre Tchetche pada minit ke-12.

Bagaimanapun, percubaan tersebut gagal membuahkan hasil apabila rembatan Tchetce sedikit melepasi palang.

Pasukan pelawat tanpa berlengah terus melakukan serangan balas dan turut memperoleh peluang pada minit ke-13, sayangnya rembatan Herlison Caion hasil hantaran Htet Aung tersasar ke sebelah kiri gawang.

Pada minit ke-22, skuad Penyu beroleh satu lagi peluang, namun rembatan dari luar kotak penalti Manuel Ott tersasar ke sebelah kanan gawang gol.

Bagaimanapun, asakan  bertali arus oleh pasukan tuan rumah akhirnya berjaya merobohkan tembok pertahanan skuad The Red Giants, sekali gus menceriakan lebih 33,000 penyokong tuan rumah.

Tchetche berhasil membolosi gawang lawan selepas menyudahkan hantaran silang Mohamad Faisal Abdul Halim pada minit ke-35.

Berbekalkan momentum sedia ada, Mohamad Faisal kemudian menguji ketahanan penjaga gol Selangor, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid selang seminit kemudian namun tindakan spontannya berjaya menepis sepakan padu pemain tersebut.

Bersambung babak kedua, skuad Penyu yang mengatur semula gerakan hampir menambah jaringan pada minit ke-56, namun gol kedua yang dijaringkan Tchetche dibatalkan berikutan ofsaid.

Ketinggalan 0-1, Selangor selaku juara 33 kali bangkit menggandakan asakan dan hampir mencipta jaringan pada minit ke-66, namun rembatan kapten pasukan, Brendan Gan sedikit tersasar melewati gawang.

Terengganu yang terdesak untuk mendapatkan satu gol tambahan melakukan asakan demi asakan, namun gagal hingga memasuki tambahan masa tujuh minit bagi masa kecederaan sehingga keputusan kekal dengan Selangor menang secara agregat.

Kali terakhir skuad The Red Giants mara ke peringkat akhir Piala Malaysia ialah pada 2016 apabila tewas bertemu Kedah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

4

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

5

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

6

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad