web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Gol Dari Greenwood Bantu Man United Benam Burnley

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 8:28AM

Cavani meraikan jaringannya menentang Burnley. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester United merapatkan jurang dengan peneraju Liga Perdana Inggeris, Manchester City, lapan mata selepas Mason Greenwood menjaringkan dua gol untuk membantu kelab itu mengatasi Burnley 3-1.

Arsenal pula terpaksa berhempas pulas untuk seri dengan kelab bawahan Fulham 1-1 dibantu jaringan lewat Eddie Nketiah.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer tidak mungkin mengejar City, tapi gol Greeenwood memberi sedikit tekanan kepada seteru utama mereka dengan tinggal enam permainan lagi sebelum tamat musim.

Greenwood membuka jaringan pada awal babak kedua di Old Trafford sebelum pemain pertahanan Burnley James Tarkowski menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu.

Jaringan kedua Greenwood menyamai rekod Wayne Rooney sebagai penjaring remaja terbanyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan 15 gol.

Edinson Cavani menjaringkan gol ketiga United pada masa tambahan untuk memastikan United menang enam perlawanan liga berturut-turut buat kali pertama sejak Januari 2019.

Greenwood kini berkongsi takhta penjaring remaja terbanyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. - Gambar AFP
Greenwood kini berkongsi takhta penjaring remaja terbanyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. - Gambar AFP

“Mason sangat hebat, dua gol datang dari bahagian kirinya.

“Beliau sentiasa menunjukkan kematangan dan ia elok untuk dilihat,” kata Solsjaer.

Arsenal hampir kalah buat kali pertama kepada Fulham di laman sendiri selepas Josh Maja menjaringkan penalti di babak kedua.

Tetapi jaringan penyamaan Nketiah lewat pada masa tambahan membawa Fulham semakin dekat kepada penyingkiran daripada liga.

“Saya sangat kecewa.

“Saya baharu menonton gol mereka kembali, Rob Holding nampak seperti beliau berada di posisi offside.

“Ini sangat mengecewakan. Kami sangat dekat kepada kemenangan,” kata pengurus Fulham Soctt Parker. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

3

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad