web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemain Muda KDA FC Perlu Bukti Kemampuan Menentang Perak FC

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 4:11PM

Pemain Kedah menjalani latihan sebelum berdepan Perak FC malam esok. - Gambar dari Facebook Kedah Darul Aman FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Beberapa pemain muda Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka akan diturunkan bagi menghadapi Perak FC malam esok, selepas enam pemain utama skuad Hijau Kuning itu tidak dapat beraksi ekoran kecederaan dan digantung perlawanan.

Ketua jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak berkata pemain-pemain muda berkenaan perlu mengambil peluang membuktikan kemampuan mereka dalam perlawanan itu, bagi memastikan pasukan dapat mengutip mata penuh walaupun beraksi di tempat lawan.

"Sebelum ini, ada empat pemain yang tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan tapi jumlah itu bertambah kepada enam selepas dua pemain dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Terengganu FC (TFC) baru-baru ini.

"Tapi, saya percaya dengan semua pemain kita dan mereka akan beri yang terbaik. Ini merupakan peluang untuk pemain muda tunjuk apa yang mereka ada dan saya harap mereka semua ambil peluang ini dengan bijak," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini malam tadi.

Renan Alves, Muhammad Syazwan Tajudin, Mohd Syazwan Zainon dan Mohd Rizal Mohd Ghazali yang mengalami kecederaan tidak dapat beraksi malam esok, manakala Rodney Celvin dan Fadzrul Daniel tidak dapat diturunkan selepas menerima kad merah pada perlawanan menentang TFC, 9 April lepas.

Dalam pada itu, Aidil Sharin juga menjangkakan aksi menentang Perak FC, perlawanan pertama dalam bulan Ramadan mungkin sedikit sukar bagi anak buahnya dan pemain perlu tenang dan mencari gol awal bagi meletakkan kedudukan pasukan di tempat yang selesa dengan secepat mungkin. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 minit yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar