web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: Terengganu, KL City Mula Langkah Kanan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 7:20AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib juara Liga Super 2022 Terengganu FC mempamerkan aksi dominan apabila menewaskan Sri Pahang FC 5-1 pada perlawanan pertama kempen Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. 

Pemain import dari Liberia, Kpah Sherman muncul peledak berbisa buat skuad Penyu selepas mencetak hatrik pada perlawanan tersebut.

Pada babak pertama perlawanan, Kpah membuka jaringan seawal minit pertama menerusi rembatan tepat ke gawang Sri Pahang.

Terengganu kemudian menokok gol apabila Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim menerima hantaran kemas Faisal Abdul Halim sebelum menyepak deras untuk menewaskan penjaga gol, Mamadou Samassa selang seminit kemudian.

Sri Pahang yang ketinggalan cuba bangkit dengan jaringan Andres Steven Rodriguez menerusi sepakan padu menggegar gawang pada minit ke-42.

Pada minit ke-49, giliran Faisal Halim pula meledak gol ketiga buat Terengganu selepas menyambut hantaran Kipre Tchetche.

Kpah kemudian terus menjadi duri dalam daging buat pasukan tuan rumah apabila mencipta jaringan keempat dan kelima buat Terengganu, masing-masing pada minit ke-52 dan minit ke-90 dan keputusan itu kekal sehingga wisel penamat.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC turut meraih kemenangan bergaya dengan menundukkan PDRM FC 3-0.

Skuad Warga Kota itu memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri selepas terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import dari Colombia, Romel Morales pada masa tambahan separuh masa pertama.

Babak kedua perlawanan terus dikuasai KL apabila Paulo Josue menyumbat gol kedua perlawanan pada minit ke-67 sebelum Romel Morales menjaringkan gol ketiga pada minit ke-79. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

3

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar